Sunday 17 April 2016

Usrah Qiyadi


Pada 15 April 2016 (Jumaat), telah berlangsunya Usrah Qiyadi yang bertempat di Surau SMK Seri Tasik bermula jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Usrah Qiyadi ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Hafizzah selaku Pen. Ket. Kerohanian. Seramai 24 orang pengawas perempuan telah menghadirkan diri pada sesi usrah kali ini. Guru yang terlibat ialah Ustazah Rosnani. Pada penghujung aktiviti, para pengawas bersama-sama mendirikan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ustazah Rosnani. 




Tajuk yang telah dibincangkan ialah Balasan di Akhirat Kepada Pengumpat dan Pencela yang dipetik daripada ayat al-Quran dari surah Al-Humazah. Terdapat pelbagai input-input yang berguna telah dikongsikan. Para pengawas telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap topik yang dibincangkan sepanjang sesi usrah berlangsung. Terdapat juga beberapa soalan yang telah diajukan dan membuatkan sesi usrah kali ini berjalan dengan lebih serius dan menarik.







    
Akhir sekali, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Ustazah Rosnani yang sudi meluangkan masa bersama-sama para pengawas bagi berkongsi sedikit ilmu demi manfaat bersama. Terima kasih juga diucapkan buat para pengawas yang telah menghadirkan diri pada sesi Usrah Qiyadi pada kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan dikongsi kepada rakan-rakan yang lain.


"The Best Selfie Is MUHASABAH" -Nur

No comments: