Monday 20 March 2023

Program Orientasi Lembaga Pengawas Bersama Pelajar Tingkatan 1

Pada 20 Mac 2023 , SMK Seri Tasik telah mengadakan sesi orientasi bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2023 . Semua Ahli Mesyuarat Tertinggi Pengawas telah terlibat bagi menjayakan program ini . Barisan AMT juga telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi menarik minat pelajar Tingkatan 1 serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka . 



 Objektif Program : 

    ☆Memperkenalkan barisan AMT kepada pelajar Tingkatan 1

          ☆Mengeratkan hubungan antara pengawas dan murid 

      ☆Menarik minat pelajar untuk menyertai Lembaga Pengawas Sekolah 





☆ Ketua Guru Pengawas : En.Nazierul Mubin Bin Mohd Daud memperkenalkan barisan AMT kepada pelajar Tingkatan 1 










☆Aktiviti Pengawas bersama pelajar Tingkatan 1 


💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙





Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas Bil 1/2023

 Pada 20 Mac 2023 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas Sekolah SMK Seri Tasik kali pertama bagi tahun 2023 . Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Pengawas dan juga telah berlangsung dari jam 8:30am- 10:00am . Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua pengawas sekolah serta Ketua Guru Pengawas En.Nazierul Mubin Bin Mohd Daud 


Objektif Mesyuarat Agong Lembaga Pengawas Sekolah tahun 2023

           ✩Pembentangan kertas kerja/laporan 

           ✩Buku Kawalan Kelas 

           ✩Jadual Bertugas Pengawas 2023-2024

           ✩Perancangan Tahunan Lembaga Pengawas

           ✩Kewangan Lembaga Pengawas

           ✩Guru Disiplin Smk Seri Tasik 2023/2024




✩Ketua Guru Pengawas : En.Nazierul Mubin Bin Mohd Daud 









Diharapkan agar semua barisan Lembaga Pengawas Sekolah SMK Seri Tasik bagi sesi 2023/2024 dapat melaksanakan segala tanggungjawab dengan amanah 

💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙💚💙