Tuesday 23 April 2019

TAMRIN SIRI 2 : Bengkel Pemantapan Tugas 2019

Pada 22 April 2019 (Isnin), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah diketuai oleh Noor Azizzudin selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan TAMRIN ini.

Objektif TAMRIN;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.

TENTATIF PROGRAM;

2.30p.m-2.40p.m:Taklimat ringkas
2.40p.m-3.00p.m:Cara bertugas waktu perhimpunan
3.00p.m-3.20p.m:Cara bertugas waktu rehat
3.20p.m-3.30p.m:Penutup
















Syabas diucapkan buat semua AJK pelaksana yang begitu komited dalam merealisasikan bengkel ini. Diharapkan objektif TAMRIN kali ini tercapai dan para pengawas dapat mengambil langkah yang pragmatik dalam memperbaiki kelemahan serta memantapkan diri dari segi perlaksanaaan tugas yang diberi.
Never mind your happiness; do your duty.

Monday 15 April 2019

Kem kempimpinan pengawas 2019

Pihak Lembaga Pengawas telah menjalankan program Kem Kepimpinan Pengawas selama 3 hari 2 malam bermula 12 April (Jumaat) sehingga 14 April 2019 (Ahad) bertempat di Pusat Kokurikulum Kem Bagan Lalang, Daerah Sepang, Selangor. Seramai 57 orang pengawas, 6 orang guru pembimbing turut sama terlibat yang diketuai oleh En.  Mohd Afiq bin Zahari, En. Muhammad Razif, Cik Wan Nah bt Wan Omar, Pn. Filzah binti Ismail dan Pn. Julaidah bt Ahmad dan 7 orang fasi iaitu En.Mohd Faudzi Bin Saad, En Abdul Halim Bin Mahmud,Pn Khuzaimah Binti Zaaim,Pn Zarina Binti Baharin,En.Mohd Hazruh Apizu Husain dan Nurul Akmal Bin Shuhaimie

Matlamat:
Mengeratkan hubungan agar mudah bekerjasama serta memperkasa keyakinan dan potensi diri.


Objektif:
- Memantapkan prinsip diri sebagai pengawas yang berwibawa

- Membina ketahanan fizikal dan kekuatan mental pemimpin muda

- Membina kepercayaan terhadap diri dan orang lain dengan semangat dan azam baharu

Tentatif Kem Kepimpinan Pengawas 2019:

2.00 Pendaftaran
2.30 Bertolak
4.30 Tiba di Pusat Ko Bagan
        Lalang, Sepang
        Solat Asar Berjemaah
5.00 Taklimat Program
5.30 Pasang Khemah
        Pengurusan diri
7.00 Makan Malam
7.30 Solat Maghrib
        Tazkirah
        Solat Isyak
9.00 Ice Breaking
10.30 Night Walk
12.00 Pengurusan diri
          Tidur

*SABTU*

5.30 Pengurusan diri
6.00 Solat Subuh Berjemaah
6.30 Perhimpunan Pagi
        Naik Bendera
7.00 Senamrobik
7.30 Sarapan pagi
8.00 Bergerak ke Pantai
         Bagan Lalang
         Permainan Pantai (Team
         Building)
         Water Confident
1.00 Makan Tengahari
         Pengurusan Diri
         Solat Zohor Berjemaah
2.30 Aktiviti Berkumpulan :
         ~ Memanah
         ~ Tali Memali
         ~ Ikhtiar Hidup
        Solat Asar Berjemaah
6.30 Pengurusan diri
         Makan Malam
7.30 Solat Maghrib
         Berjemaah
8.00 Perbincangan
         Persembahan utk
         Malam Kebudayaan
9.00 Solat Isyak Berjemaah
9.30 Malam Kebudayaan
11.30 Minum Malam
12.00 Pengurusan diri
          Tidur

*AHAD*

5.30 Pengurusan diri
6.00 Solat Subuh Berjemaah
6.30 Perhimpunan pagi
         Naik Bendera
7.00 Bergerak ke Pantai
7.20 Regangan dan
        Senamrobik
8.00 Sukaneka Pantai
9.30  Minum Pagi
         Pengurusan diri
         Gotong - royong
11.00 Majlis Penutup
12.00 Sesi bergambar
          Makan Tengahari



Ice breaking





















Senamrobik





















Water confident






Memanah, Tali Memali & Ikhtiar Hidup














Malam kebudayaan




Sukaneka Pantai






Majlis penutup


























Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru pembimbing yang sanggup menghabiskan waktu cuti dengan menjaga kami para pengawas di kem ini. Tidak lupa juga pada para fasilitator yang sentiasa membimbing kami sepanjang aktiviti berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua para pengawas yang hadir bagi menyertai kem ini. Semoga kem kepimpinan pengawas bagi tahun 2019 memberi kesan positif dalam diri semua para pengawas. 


"A smooth sea never made a skillful sailor."