Sunday 27 March 2016

MAKLUMAN TEGAS PENGUMUMAN PERLUCUTAN JAWATAN.

Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah membuat tindakan tegas dengan mengumumkan nama-nama pengawas yang telah dilucutkan jawatannya. Justeru itu, pengumuman tersebut akan dilakukan sewaktu di tapak perhimpunan. Hal ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi disiplin para pengawas agar bertugas dengan lebih komitmen dan berdedikasi sepanjang waktu bertugas.
Peraturan ini berkuatkuasa SERTA MERTA.

Diharap para pengawas peka dengan perkara ini dan bertindak dengan lebih integriti dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Mesyuarat Pengawas Kali Ke-2 2016

Pada 24 Mac 2016 (Khamis), telah berlangsung Mesyuarat Pengawas Kali Ke-2 bagi sesi 2016 yang bertempat di Hujrah Tasik SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.15 petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudara Helmy Akeem selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik. Guru pemantau ialah En. Nazierul Mubin.

Tentatif Mesyuarat:

  • Ice breaking yang dikendalikan oleh saudara Helmy Akeem.
  • Makluman tegas mengenai pembayaran duit kem RM50 oleh saudari Nurul Nadiah selaku Bendahari.
  • Makluman merit dan kesalahan disiplin sepanjang 3 bulan oleh saudari Aida selaku Ketua Disiplin dan saudari Shara selaku Ketua Merit.
  • Ulasan MC / Ikrar Tingkatan 4 / Kerohanian / Bacaan Yassin oleh saudara Ahmad Ridhuan selaku Ketua Kerohanian.
  • Laporan Kelas Akademik oleh saudara Helmy selaku Ketua Akademik dan saudari Nurazilla selaku Pen. Ket. Akademik.
  • Makluman waktu bertugas baru sewaktu aktiviti kokurikulum berikutan peralihan masa oleh saudari Siti Najihah selaku Setiausaha.
  • Motivasi berbentuk teguran oleh saudari Nur Aqilah Amani selaku Pen. Ket. Pengawas. 
  • Sesi bermaaf-maafan .
  • Bersurai










































Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pengawas yang memberi kerjasama untuk menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini. Kami berharap agar para pengawas dapat mengambil input-input yang telah disampaikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

"TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK"


Saturday 26 March 2016

Makluman Pertukaran Jadual Bertugas Kokurikulum

Untuk pengetahuan semua pengawas, jadual bertugas kokurikulum masih kekal sama seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Akan tetapi, terdapat sedikit pertukaran dari segi waktu bertugas berikutan peralihan masa bermula dari 29 Mac 2016.

Waktu Bertugas Baru;

1. Kumpulan 2 (Pengawas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)

Waktu mula bertugas dari jam 2.00 petang - 2.20 petang.


2. Kumpulan 1 (Pengawas Tingkatan 2 dan Tingkatan 4)

Waktu mula bertugas dari jam 2.20 petang - 2.40 petang.



Diharapkan pertukaran dari segi waktu bertugas kokurikulum ini akan memantapkan lagi tugasan para pengawas disamping memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang teratur sekaligus membantu para pengawas agar bijak membahagikan masa dengan sebaiknya.

SELAMAT BERTUGAS!

" THE ONLY WAY TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO" - Steve Jobs.

Thursday 10 March 2016

Program Akademik Pengawas

Pada 7 Mac 2016 (Isnin), telah berlangsung Program Akademik Pengawas yang bertempat di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Program ini telah dikendalikan oleh saudara Nizzaka Adizza selaku Ketua Biro Latihan. Guru pemantau ialah Ustaz Mohd Afiq.












Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan dapat menyuntik perasaan berani dalam diri  kalian serta membuang perasaan malu untuk lebih menonjolkan diri ke hadapan.


'Coming Together is a Beginning; Keeping Together is Progress; Working Together is Success'- Henry Ford

Kelas Akademik

Pada 4 Mac 2016 (Jumaat), telah dijalankan kelas akademik yang bertempat di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik. Kelas akademik ini telah dikendalikan oleh saudari Nurazilla selaku Pen. Ket. Akademik dan telah berlansung dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Guru pemantau ialah Ustaz Mohd Afiq.


Matapelajaran : Bahasa Inggeris

Guru Muda : 

- Tingkatan 2: Fatini Nur Hawa
- Tingkatan 3: Fahmie Mansur









Semoga kelas akademik yang dijalankan ini dapat membantu para pengawas untuk meningkatkan keputusan akademik dan mengharumkan nama pengawas.

'TRY YOUR BEST!!!'