Friday 17 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Bersempena dengan kehadiran Syawal ini, pihak lembaga pengawas smk seri tasik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam .

Saturday 11 July 2015

Majlis Berbuka Puasa 2015

Pada 7//11/2015 seramai kira-kira 21 orang pengawas telah terlibat dengan majlis berbuka puasa bersama bersama dengan AMT 2015/2016. Walaupun tidak ramai pengawas yang dapat hadir untuk berbuka puasa bersama sama, tetapi majlis ini masih berjalan dengan lancar dan jayanya.

Idea majlis berbuka puasa ini telah dicadangka oleh penolong ketua pengawas SMK Seri Tasik iaitu Saudari Aqilah Amani. Pada mulanya sambutannya tidak membanggakan kerana tidak ramai yang dapat hadir untuk berbuka puasa bersama sama tetapi majlis tersebut berjalan dengan lancar akhirnya. Majlis tersebut sangat meriah.

Tarikh : 11 Julai 2015                                        
Tempat : Medan Selera Bandar Sri Permaisuri
Masa    :  5:30 Petang                                          
Pakaian : Bebas dan menutup aurat                    

Majlis ini bermula pada jam 5:30 petang. Kami berkumpul di hadapan sekolah dan bergerak bersama sama ke medan selera. Sebelum kami ke medan selera, kami singgah sebentar di Baazar untuk membeli juadah ringan untuk berbuka puasa sebagai alas perut sebelum solat maghrib. Selepas berbuka puasa, kami singgah di surau yang terdekat untuk menunaikan solat maghrib. Kemudia kami kembali ke medan selera untuk menikmati juadah berat.

Majlis seperti ini perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk merapatkan hubungan antara pengawas. Saya berharap pengawas sekolah SMK Seri Tasik boleh menjadi lebih tegas, berani, bertanggungjawab, amanah dan lebih berdisiplin.







Wednesday 8 July 2015

Pemilihan Pelajar dalam Pertandingan Pidato di Sekolah

Tahniah kami ucapkan kepada Helmy Hakim kerana telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Kami juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada saudari Aqilah Amani kerana telah menyertai pertandingan pidato ini.





Tuesday 7 July 2015

Pengawas Yang Telah Berjaya Mendapat Keputusan Cemerlang Pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

Jeevna a/p Sashidaran dan Aida bt Ambotud telah membuktikan bahawa pengawas juga boleh berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun mereka sibuk melakukan tugas yang telah diamanahkan sebagai seorang pengawas mereka masih boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang. Ini bermakna menjadi seorang 'pengawas' bukanlah punca utama seseorang itu gagal dalam peperiksaan.

Saya telah menemuramah Jeevna dan Aida untuk bertanyakan tentang rahsia atau cara yang telah mereka lakukan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jawapan bagi kedua dua pelajar ini adalah sama iaitu :-
  1. Memberikan tumpuan yang sempenuhnya semasa guru sedang mengajar
  2. Jangan ponteng sekolah
dan yang paling penting 

     3. Kita mestilah pandai membahagikan masa dengan tugas pengawas dan masa belajar kita.

Dengan itu, kami sekeluarga (pengawas) ingin mengucapkan tahniah kepada Jeevna dan Aida. Semoga Jeevna dan Aida berjaya mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang.




GOOD LUCK!

Mesyuarat Pertama Bagi Pengawas Bersama AMT 2015/2016

Pada tarikh 6/7/2015, AMT 2015/2016 telah mengadakan mesyuarat atau perjumpaan pertama untuk memperkenalkan AMT baru dan sekali gus memberi kata kata semangat supaya pengawas dapat berubah menjadi lebih berdisiplin.









Bukan itu sahaja para pengawas telah diajar oleh AMT dan pengawas yang pernah terlibat dengan Program Bakti Alumni cara cara tepuk semangat bagi menceriakan lagi keadaan. 



Semoga dengan perjumpaan atau mesyuarat dapat meningkatkan lagi prestasi pengawas dan mengurangkan disiplin pelajar di SMK Seri Tasik. 



Sunday 5 July 2015

Saf Kepimpinan Pengawas 2015 / 2016



Hadapan (Dari Kanan)  : Siti Najihah (Setiausaha), Nur Aqilah (Penolong Ketua Pelajar), Cik Wan Nah (Guru Pengawas), En. Mohd Afiq (Ketua Guru Pengawas), Helmy Hakim (Ketua Pelajar) dan Nurul Nadiah (Bendahari)

Belakang (Dari Kanan) : Aida (Ketua Disiplin), Nizzaka Adyza (Ketua Latihan), Raja Naqiuddin (Ketua Kerohanian), Azhar (Ketua Keselamatan), Ahmad Ridhuan (Ketua Perhimpunan), Haziq Syazwan (Ketua Akademik), Nur Laili Hafizzah (Ketua Merit) dan Nur Aina Atikah (Ketua Keceriaan).

Thursday 2 July 2015

Majlis Penyerahan Tugas Pengawas Sekolah 2015

Pada 2 Julai 2015 telah berlangsung Majlis Penyerahan Tugas Pengawas SMK Seri Tasik yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Inspektor Hafirul bin Abdul Wahab (Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah). Pada hari tersebut juga merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMK Seri Tasik bagi mengetahui keputusan undian pencalonan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar.

Objektif Program :
  1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada para pengawas agar lebih berdedikasi dan bertanggungjawab.
  2. Membentuk identiti dan akhlak mulia melalui dorongan peluang untuk berkhidmat kepada sekolah.
  3. Memberi perangsang sebagai pemimpin untuk dicontohi oleh murid.
Tentatif Program :

7.30 pagi   : Para pengawas mengambil tempat
7.35 pagi   : Bacaan doa oleh Saudara Khairul Anwar bin Nasaruddin (Ketua Kerohanian)
7.40 pagi   : Ucapan Ketua Pelajar sesi 2014/2015 : Saudara Nik Akmal Hadi bin Nik Badrul Hisham
7.50 pagi   : Ucapan Pengetua SMK Seri Tasik : Pn. Hjh. Siti Liah binti Che Muda
                    Ucapan Perasmian oleh Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah :
                    Tuan Inspektor Hafirul bin Abdul Wahab.
                 
                    Penyampaian Sijil Penghargaan
                    Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas
                    Bacaan Ikrar
                    Penyampaian Cenderamata

8.20 pagi   : Majlis bersurai.

Ucapan Aluan oleh Pengetua SMK Seri Tasik


Ucapan Perasmian oleh Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah


Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas 2015/16


Tanda Perasmian


Gimik Penyempurnaan Majlis Perasmian 

Gimik Penyerahan Tugas

Ikrar Saf Kepimpinan Baharu Pengawas

Semoga dengan pelantikan ini saf kepimpinan baharu Pengawas dapat memacu organisasi ini ke suatu tahap yang lebih gemilang. Syabas dan Tahniah diucapkan.

"Kami Bangga Bergelar Pengawas" 

Ketua & Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik Sesi 2015/2016

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Helmy Hakim bin Zulqurnain dan Saudari Nur Aqilah Amani binti Zulkarnal atas lantikan sebagai Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 2015/2016.

Semoga organisasi pengawas semakin mantap dan disiplin pelajar sekolah kita semakin baik !