Friday 26 March 2021

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Kali Pertama Bagi Tahun 2021

Pada hari Jumaat yang mulia bersamaan dengan 26 Mac 2021, telah diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pengawas kali pertama bagi tahun 2021. Mesyuarat ini berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Bilik Muzik SMK Seri Tasik. Seramai 12 orang AMT telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Encik Nazierul Mubin Bin Mohd Daud.

Objektif Mesyuarat AMT kali Pertama bagi tahun 2021

  • Menerangkan tentang penggunaan buku kawalan kelas.
  • Membincangkan berkenaan jadual bertugas pengawas mengikut SOP dan pelan pergerakan baharu.
  • Membincangkan tentang kebersihan dan keceriaan bilik pengawas.


Tentatif Program:

10.00pagi: Ucapan Ketua Guru Pengawas
10.20pagi:  - Penerangan Berkenaan Buku Kawalan Kelas
                    Penerangan Berkaitan Tugas Pengawas
                    - Penerangan Laluan Masuk dan Laluan Keluar Murid
                    - Penerangan Tentang Penggunaan Tandas
                    - Penerangan Berkenaan SOP Penyuraian
                    - Pengagihan Tugas Pengawas
                    - Penerangan Berkaitan Kebersihan dan Keceriaan Bilik pengawas
11.20pagi: Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
11.40pagi: Kata Penutup Ketua Guru Pengawas
12.00tengah hari: Bersurai




Ucapan daripada Ketua Guru Pengawas Encik Nazierul


Barisan AMT


Penolong Ketua Pengawas, Nur Farah Khadijah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. R.K.Shanthi Latha A/P R.Krishnasamy



 

Akhir sekali, diharapkan semoga barisan AMT dapat memanfaatkan mesyuarat AMT kali pertama bagi tahun 2021 ini dan mampu menjadi mata-mata sekolah yang bertanggungjawab supaya Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sentiasa dihormati.
Jaga jarak, Jaga diri, Stay safe


"Be a warrior, Not a worrier"