Friday 21 November 2014

Selamat Bercuti!



Pihak lembaga pengawas SMKST mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah di Malaysia. Manfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Wednesday 19 November 2014

ORGANISASI PENGAWAS PPKI

   
BIL
NAMA PENGAWAS
JAWATAN
KELAS
1.          
MUHAMMAD JOHAN ARASH BIN ABU MANSOR
KETUA PENGAWAS PPKI
ANGGERIK
2.    
NURUL NABILA BT. JAMIL
PENOLONG KETUA PENGAWAS PPKI
CEMPAKA
3.    
MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN IBRAHIM
AJK
BAKAWALI
4.      
JACLYN LINDA A/P JOHNSON
AJK
DAHLIA
5.    
AMIRUL  ASSRAF BIN ZAINAL ABIDIN
AJK
BAKAWALI
6.    
MOHD IQMAL BIN ZULKARNAIN
AJK
CEMPAKA
7.    
NOR AMIRA BT. NORAZAM
AJK
CEMPAKA
8.    
NUR HASLINDA BT. NORAZZALI
AJK
TERATAI
9.    
CHOW KOK FEI
AJK
DAHLIA
10. 
KHAIRUL  ANNUAR BIN NORHAIDI
AJK
DAHLIA

Tuesday 18 November 2014

AKADEMI PENGAWAS [Temuduga Akhir & Keputusan]

Hari ini dijalankan sesi temuduga akhir bagi memilih pengawas baharu untuk sesi persekolahan 2015. Seramai 29 AP mengikuti temuduga ini dan seramai 5 orang Guru Disiplin sekolah bertindak selaku penilai, iaitu: Ustaz Mohd Afiq (Ketua Penilai), Puan Santhrigah, Ustazah Wan Raudhiah, Puan Julaidah dan Puan Nurul Ilmi.


Tuesday 11 November 2014

Program Akademi Pengawas (4) 2014/2015


Program Akademi Pengawas memasuki sesi ketiga dengan melibatkan penyertaan calon pengawas tingkatan 2, 3 dan 4. Para peserta dilihat semakin selesa dengan tugasan yang diberikan dan keakraban antara peserta dan fasilitator juga kelihatan semakin baik. Ini merupakan impak yang dinginkan oleh Unit Latihan Lembaga Pengawas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bola Beracun, Rumah Rampasan, Teguh kaki dan lakonan. Fasilitator yang terlibat sepanjang aktiviti ini dijalankan ialah Siti Najihah, Aida, Aqilah, Nor Shafiq dan Tharacini dengan diketuai oleh Aiman selaku Ketua Unit Latihan.

Monday 10 November 2014

Program Akademi Pengawas (3) 2014/2015


Program Akademi Pengawas memasuki sesi seterusnya dengan melibatkan penyertaan calon pengawas tingkatan 1 dan 3. Para peserta kali ini menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan dan ukhwah sesama peserta juga semakin ampuh. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Gajah Kata Duduk, Kerusi Tersembunyi, Ular Terpanjang, Kasut Terbalik dan Bina Jaya. Fasilitator yang terlibat sepanjang aktiviti ini dijalankan ialah Siti Najihah, Aida, Aqilah, Laili dan Hafizah dengan diketuai oleh Aiman selaku Ketua Unit Latihan. 

Sunday 9 November 2014

Program Akademi Pengawas (2) 2014/2015

Program Akademi Pengawas memasuki sesi kedua dengan melibatkan penyertaan seramai 12 orang pelajar tingkatan 3. Para peserta ini mengikuti aktiviti Akademi Pengawas bermula 21 Oktober 2015 sehingga 21 November 2015. Antara program yang dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Anda Segak, Kenali Sekolah Anda dan Mengapa Anda Perlu Menjadi Pengawas, Permainan Berkumpulan, Bimbingan Mencipta Permainan dan Latihan Pemantapan Tugasan. Semua program tersebut di bawah kelolaan Jawatankuasa Kecil Unit Latihan Lembaga Pengawas Sekolah.

Sunday 2 November 2014

ETIKA PEMAKAIAN TUDUNG (Bermula tahun 2015)

Para Pengawas Perempuan hendaklah mematuhi Etika Pemakaian Seragam Pengawas 2015. Merujuk kepada etika tersebut, pengawas diwajibkan memakai tudung berwarna biru, beranak tudung berwarna hitam dan paras tudung melebihi sisi bahu (labuh). Berikut adalah contoh pemakaian tudung yang betul.

Contoh 1:


Contoh 2 :



Ciri- ciri Pemakaian Tudung :

  1. Melebihi paras bahu kanan dan kiri (bukan mencecah bahu)
  2. Labuh hadapan menutupi dada.
  3. Tidak menampakkan leher atau bahu apabila menoleh ke kanan atau ke kiri.
  4. Tidak bersanggul.
Diharap para pengawas dapat mematuhi peraturan baharu ini dalam usaha menjadi role model kepada para pelajar yang lain. Segala kerjasama dan keperihatinan daripada para pengawas amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Penampilan Cerminan Peribadi dan Akhlak"

SURAT MAKLUMAN : ETIKA PEMAKAIAN SERAGAM PENGAWAS