HURAIAN
TUGAS
AHLI
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
1. PERHIMPUNAN
1.1. BARISAN MURID
1.1.1.
Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam
7.10 pagi
1.1.2.
Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap
1.1.3.
Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi
amaran
1.1.4.
Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan
duduk
1.1.5.
Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing
1.1.6.
Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang
ditetapkan.
1.1.7.
Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran
tersebut minta bantuan pengawas senior atau Guru Disiplin
1.1.8.
Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat
kerja sekolah semasa dalam perhimpunan
1.1.9.
Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu
Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.
1.1.10.
Pengawas bertugas perlu membawa keluar murid yang
tidak menepati etika pemakaian harian yang ditetapkan sekolah.
1.1.11.
Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas.
Sekiranya murid ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan
kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya ATAU bawa keluar
murid ke kawasan salahlaku disiplin.
1.2. KANTIN
1.2.1.
Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan
kantin menuju ke tapak perhimpunan.
1.2.2.
Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di
laluan kantin untuk menutup laluan
1.3. PENTAS
1.3.1.
Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05
pagi
1.3.2.
Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi
1.3.3.
Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika
ahli bertugas tidak hadir
1.3.4.
Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah
siap sedia:
Bil.
|
Tugas
|
Catatan
|
1.
|
Pengacara Majlis
|
Bersedia awal dan kenalpasti guru bertugas
Jam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid
duduk di perhimpunan
Ketua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan
sebelum diserahkan semula kepada guru bertugas
Pastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan
perhimpunan
Arahkan pengawas mengawal barisan murid
|
2.
|
PA Sistem
|
Siap dipasang oleh AJK PA Sistem
|
3.
|
Doa
|
Pengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan
teks
Membaca dengan jelas dan penuh penghayatan
|
4.
|
Ikrar
|
Ketua Pengawas akan memimpin bacaan
Membaca dengan suara yang jelas dan lantang
|
5.
|
Bendera
|
Pengawas yang bertugas perlu bersedia awal
Berdiri tegak semasa menaikkan bendera
|
6.
|
Kerusi
|
Diketuai oleh Ketua Biro Keselamatan / Aset
Memastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan
kerusi selesa
|
7.
|
Rondaan
|
Dilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau
ikrar
Dua orang pengawas diperlukan
|
1.4. PAGAR
1.4.2.
Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu
berada di tempat tersebut selewat-lewatnya
jam 7.10 pagi
1.4.3.
Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan
sewaktu datang dan balik dari sekolah
1.4.4.
Murid lewat 7.20 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan
diisi dalam buku Daftar Datang Lewat Murid.
1.4.5.
SLIP LEWAT murid perlu diisi mengikut jumlah lewat; 5
kali / 8 kali / 10 kali / 13 / 15 / 18 kali.
1.4.6.
Pengawas bertugas perlu meneliti maklumat lewat yang
diisi murid agar tidak berlaku penipuan.
1.4.7.
Murid lewat 8.00 pagi perlu dibawa terus kepada PK HEM
untuk tindakan.
1.4.8.
Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan
dan berdiri sebaris di hadapan Bengkel Kayu dan Logam.
1.4.9.
Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT,
pengawas perlu pastikan murid dalam keadaan yang teratur.
1.4.10.
Pengawas bertugas perlu menahan pengawas lewat murid
daripada bertugas dan diserahkan kepada Ketua Disiplin LPS untuk tindakan.
1.4.11.
Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai,
sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat semula.
1.5. TERMINAL
1.5.1.
Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas
perlu bergerak pantas membentuk terminal.
1.5.2.
Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan
semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda nama, tali pinggang, baju di dalam,
kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan yang tidak dibenarkan, tidak
masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak tudung warna selain
putih,rambut panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.
1.5.3.
Pastikan ada seorang pengawal pesalah dan seorang
pengurus barisan murid yang berkenaan.
1.5.4.
Bawa murid-murid berkenaan ke tempat Salah Laku
Disiplin untuk tindakan / kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas
(sekiranya perlu).
1.6. SALAH LAKU MURID
1.6.1.
Pengawas bertugas perlu berada di tapak Salah Laku dan
Lewat Murid selewat-lewatnya jam 7.15 pagi.
1.6.2.
Murid Salah Laku dan Lewat perlu dibariskan di tempat
masing-masing dengan teratur dalam keadaan berdiri.
1.6.3.
Beg-beg murid lewat perlu diletakkan di kawasan khas
dan pengawas yang bertugas perlu memeriksa rapi kandungan beg tersebut.
1.6.4.
Murid lewat perlu diasingkan mengikut jumlah lewat
untuk memudahkan tindakan.
1.6.5.
Pengawas bertugas diminta memasukkan data Salah Laku
dalam buku Daftar Salah Laku Murid dengan kemas.
1.6.6.
Pengawas bertugas perlu berhati-hati ketika memasukkan
nama murid agar tidak berlaku penipuan.
1.6.7.
Pengawas bertugas perlu menjalankan denda sebagaimana
yang telah diarahkan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah. (Kecuali terdapat
kes-kes tertentu).
1.6.8.
SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua
Guru Disiplin sahaja.
2. WAKTU REHAT
2.1. KAWASAN BLOK
2.1.1.
Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas
2.1.2.
Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan
keluar. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan
serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.1.3.
Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.
2.1.4.
Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan
semasa bertugas.
2.1.5.
Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau,
koridor bangunan sekolah, pondok berhadapan bilik Aset dan pentas dataran.
2.2. TANGGA
2.2.1.
Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang
waktu rehat
2.2.2.
Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan
tidak bising
2.2.3.
Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas
selagi loceng tamat rehat masih belum dibunyikan.
2.2.4.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat
bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.2.5.
Halang murid daripada menaiki / melalui tangga
sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan
masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.3. KANTIN
2.3.1.
Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas
yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
2.3.2.
Memastikan semua murid meninggalkan kantin sebelum
loceng tamat rehat berbunyi.
2.3.3.
Pengawas terlibat perlu menggesa murid supaya
menghabiskan makanan dengan kadar segera 5 minit sebelum loceng dibunyikan.
2.3.4.
Memastikan murid membuat barisan ketika ingin membuat
pembelian makanan.
2.3.5.
Memastikan tiada murid yang meninggalkan kantin dengan
membawa makanan atau minuman.
2.3.6.
Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan
meninggalkan kantin, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan
tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
2.4. TANDAS
2.4.1.
Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok
2.4.2.
Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang
berada di dalam tandas
2.4.3.
Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng
tamat rehat berbunyi.
2.4.4.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas
5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.4.5.
Memastikan tiada murid yang masuk ke tandas selepas
waktu rehat kecuali mempunyai pas tandas guru.
2.4.6.
Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam
tandas sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan,
tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya.
2.5. SURAU
2.5.1.
Membuat rondaan di kawasan surau
2.5.2.
Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di
kawasan surau
2.5.3.
Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di
kawasan surau sepanjang masa rehat.
2.5.4.
Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat
nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada GPK HEM /
Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
2.6. DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS
2.6.1.
Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di
kawasan ini semasa rehat.
2.6.2.
Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.
2.6.3.
Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng
berbunyi.
2.6.4.
Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.
2.6.5.
Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan,
tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk
tindakan selanjutnya
* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru
Penasihat LPS
1 comment:
Mohon untuk dijadikan panduan
Post a Comment