Friday 30 December 2016

Mesyuarat Tamrin

Pada tarikh 29 November 2016, Khamis, sebuah mesyuarat telah diadakan bagi merancang aktiviti untuk meningkatkan lagi kecekapan pengawas dalam melaksanakan tugasan. TAMRIN Siri 1 akan dijalankan pada 3 Januari 2017.





pengawas sedang membincangkan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan




                         

                                            " Prestasi tidak dapat diraih tanpa semangat"

Tuesday 29 November 2016

Gotong-royong Keceriaan

Pada 28 November 2016 (Isnin), seramai 12 orang pengawas bersama-sama dengan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari telah bekerjasama membersihkan dan menceriakan Bilik Pengawas SMK Seri Tasik. Pelbagai kerja telah dilakukan termasuklah mengubah suai dekorasi bilik pengawas dan mengecat dataran perhimpunan. Kerja-kerja ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 3.30 petang.


Pengubahsuaian dekorasi bilik pengawas.


Mengemaskini hiasan papan kenyataan.



Mengubahsuai kata-kata semangat dalam bilik pengawas.

Mengalih perabot-perabot di dalam bilik pengawas.



Membuat origami untuk dijadikan hiasan.

Melekatkan origami di siling bilik pengawas.

Meletakkan dekorasi-dekorasi menarik.







Mengecat semula tempat salahlaku di dataran perhimpunan.




Antara kata-kata motivasi di dalam bilik pengawas.


Hasil akhir.


Akhir kalam, ucapan tahniah dan ribuan terima kasih dikalungkan kepada para pengawas yang telah hadir dan menghulurkan bantuan bagi melancarkan kerja-kerja keceriaan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ust. Mohd Afiq kerana telah bertungkus-lumus sepanjang kerja keceriaan bilik pengawas ini. Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik mengharapkan agar para pengawas sekalian lebih menghargai kemudahan yang telah disediakan ini dengan menjaganya sebaik mungkin.


"Talking is nothing. Doing is something. Get the action going." - Hlovate.

Saturday 26 November 2016

Mesyuarat AMT Kali Terakhir bagi Tahun 2016

Pada tarikh 25 November 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas kali terakhir bagi tahun 2016. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Seramai 13 orang AMT telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Ustaz Mohd Afiq bin Zahari selaku Ketua Guru Pengawas, SMK Seri Tasik. 

Pelbagai agenda telah dibincangkan sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Antaranya;
  • Pengenalan barisan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu untuk sesi 2017 dan tugas-tugasnya.
  • Perbincangan antara AMT berkaitan Mesyuarat Agung Pengawas 2017 dan pembaharuan bagi setiap biro.









Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada barisan AMT yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat kali terakhir tahun 2016 ini. Semoga ahli-ahli Majlis Tertinggi yang telah berjaya dilantik bagi sesi 2017 dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komited. Sekaligus, mampu mencorakkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih baik pada tahun yang akan datang. Prefects, The Best!


"Today won't change yesterday, but it can change tomorrow." - Hlovate.

Friday 25 November 2016

KURSUS PENGUCAPAN AWAM (K-PAM) 2016

Program Kursus Pengucapan Awam ini merupakan insiatif Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik bagi melahirkan generasi pemimpin yang memiliki kebolehan pengucapan secara awam (public speaking). Program yang telah dianjurkan selama dua hari iaitu pada 21 November 2016 (Isnin) bertempat di Taman Tasik Permaisuri dan 22 November 2016 (Selasa) di SMK Seri Tasik ini ialah hasil kerjasama dengan alumni pengawas SMK Seri Tasik. Guru-guru yang terlibat sama di dalam program ini ialah Ustaz Mohd Afiq bin Zahari, En. Fauzi bin Majid, dan Pn. Julaidah binti Ahmad.

Objektif :
1. melahirkan lebih ramai pengawas yang mampu berucap di khalayak ramai dengan baik.
2. membina keyakinan diri pengawas berhadapan dengan orang awam

Tentatif program:

21 November 2016

8.00 pagi- 8.30 pagi : Bertolak ke Taman Tasik Seri Permaisuri
8:30pagi-8:45 pagi : Senamrobik
8.45 pagi- 9.30  pagi : Ice Breaking + Team Building
9.30 pagi- 9.45 pagi :Sarapan Pagi
9.45 pagi- 10:30 pagi : LDK 1: Interaksi dan Bina Keyakinan
10.30 pagi- 11.00 pagi : Praktikal 1
11.00 pagi- 11.30 pagi : LDK 2: Refleksi dan Peneguhan
11.30 pagi- 12.30 tengah hari : Praktikal 2
12.30 tengah hari- 1.00 petang : Penilaian dan Politisas
1.00 petang- 1.30 petang : Makan Tengah Hari
1.30 petang- 2.00 petang : Bersurai


Berkumpul di sekolah.

Bergerak ke Taman Tasik Permaisuri.



Aktiviti senamrobik.


Senamrobik diketuai oleh para fasilitator daripada Alumni Pengawas SMKST.

Taklimat dari Ust. Mohd Afiq.

Ustaz Afiq bersama Abang Faizul.

Slot En. Fauzi.


Ice Breaking.





Para pengawas mendengar penerangan daripada para fasilitator.




Ustaz Afiq bersama Cikgu Julaidah.





Sesi LDK; Interaksi dan Bina Keyakinan Diri.

Para Pengawas diminta untuk berinteraksi dengan orang awam di Taman Tasik Permaisuri.















LDK; Refleksi dan Peneguhan.











Pn. Che Zaviah bt Abdullah datang untuk melihat para pengawas di Taman Tasik Permaisuri.





22 November 2016

7.45 pagi - 8.00 pagi : Berkumpul di Surau SMK Seri Tasik
8.00 pagi - 9.15 pagi : Ice breaking + Soft skill oleh En. Fauzi bin Majid
9.15 pagi - 9.45 pagi : Rehat
9.45 pagi - 11.00 pagi : LDK: Tiru Gaya
11.00 pagi - 12.30 tgh hari : Pembentangan
12.30 tgh hari - 1.00 ptg : Penilaian dan Politisas
1.00 ptg - 1.40 ptg : Rehat

Berkumpul di Surau Sekolah.

Sesi Ice breaking dan Soft skills.


Penerangan tentang Metafizik.


Para pengawas berkumpul di Makmal Komputer Sekolah.

Program dikendalikan oleh Ust. Mohd Afiq.






Ucapan Spontan oleh saudara Raja Naqiuddeen. Situasi yang telah diberikan ialah 'majlis kejutan hari lahir'.




Ucapan Spontan dari saudara Hidayat Ismail. Situasi yang telah diberikan ialah 'majlis perlantikan ketua pengawas tahun 2017'.




Ucapan Spontan dari saudari Nizieliana. Situasi yang telah ditugaskan ialah 'majlis perlantikan pengawas tahun 2017'.




Ucapan dari saudari Sara Najiha. Situasi yang diberikan ialah 'majlis anugerah ustazah pilihan 2016'.




Latihan MC Majlis Rasmi oleh saudari Khairul Zafirah.