Tuesday 29 November 2016

Gotong-royong Keceriaan

Pada 28 November 2016 (Isnin), seramai 12 orang pengawas bersama-sama dengan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari telah bekerjasama membersihkan dan menceriakan Bilik Pengawas SMK Seri Tasik. Pelbagai kerja telah dilakukan termasuklah mengubah suai dekorasi bilik pengawas dan mengecat dataran perhimpunan. Kerja-kerja ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 3.30 petang.


Pengubahsuaian dekorasi bilik pengawas.


Mengemaskini hiasan papan kenyataan.



Mengubahsuai kata-kata semangat dalam bilik pengawas.

Mengalih perabot-perabot di dalam bilik pengawas.



Membuat origami untuk dijadikan hiasan.

Melekatkan origami di siling bilik pengawas.

Meletakkan dekorasi-dekorasi menarik.







Mengecat semula tempat salahlaku di dataran perhimpunan.




Antara kata-kata motivasi di dalam bilik pengawas.


Hasil akhir.


Akhir kalam, ucapan tahniah dan ribuan terima kasih dikalungkan kepada para pengawas yang telah hadir dan menghulurkan bantuan bagi melancarkan kerja-kerja keceriaan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ust. Mohd Afiq kerana telah bertungkus-lumus sepanjang kerja keceriaan bilik pengawas ini. Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik mengharapkan agar para pengawas sekalian lebih menghargai kemudahan yang telah disediakan ini dengan menjaganya sebaik mungkin.


"Talking is nothing. Doing is something. Get the action going." - Hlovate.

No comments: