Thursday 28 July 2016

Terima Kasih!

Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ingin merakamkan sekalung ucapan penghargaan buat barisan Ahli Majlis Tertinggi Sesi 2015/2016 di atas segala komitmen yang telah diberikan serta segala jasa yang disumbangkan semasa menyandang jawatan yang diamanahkan. Diharapkan Ahli-ahli Majlis Tertinggi bagi sesi 2016/2017 serta para pengawas yang lain dapat meneruskan amanah ini dengan penuh tanggungjawab bagi membantu pihak sekolah dalam segala aspek.
















Akhir sekali, ucapan tahniah dan syabas kepada barisan AMT sesi 2015/2016 kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan penuh berkaliber.

"THOSE WHO HAVE FAITH AND DO THE RIGHTEOUS DEEDS, THEY ARE THE BEST OF CREATURES."

Wednesday 27 July 2016

Dari Meja Murobbi

Fikir Apa Yang Boleh Anda BERI, bukan Fikir Apa Yang Boleh Anda DAPAT

Assalamualaykum putera puteriku yang disayangi.

Organisasi Pengawas merupakan suatu platform terbaik bagi seseorang murid untuk menonjolkan potensi diri dan bakat semula jadi. Tugasan pengawas bukan hanya terhad dalam menguatkuasakan peraturan sekolah, bahkan para pengawas diberi bimbingin dan pengalaman mengendali sendiri organisasi sebagaimana yang mereka ingini.

Ramai dalam kalangan murid, meletakkan SIJIL sebagai salah satu sebab utama untuk menjadi pengawas. Percayalah, andai SIJIL menjadi tujuan, potensi dan bakat pasti tidak dapat dikembangkan.

Berusahalah putera puteriku sekalian,

Perbetulkan niat, positifkan hasrat. Belajarlah memberi dengan sebanyak-banyaknya, tanpa terlalu memikirkan ganjarannya.

Justeru, nikmatilah saat-saat indah ini, andai tugas dilaksana dari hati, pasti akan terukir senyuman di bibir, andai anda fikir apa yang boleh diberi, pasti anda akan disayangi.

'Biasakan Memberi daripada Menerima'

Salam sayang daripada Ketua Guru Pengawas.

Tuesday 26 July 2016

Kem Jati Diri Pengawas SMK Seri Tasik 2016

Pada 22 Julai 2016 (Jumaat) hingga 24 Julai 2016 (Ahad), telah berlangsungnya Kem Jati Diri Pengawas SMK Seri Tasik yang bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan semua, Kem Jati Diri Pengawas ini adalah hasil kerjasama antara pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Seramai 55 orang pengawas telah menyertai Kem Jati Diri pada kali ini iaitu 26 orang pengawas lelaki dan 29 orang pengawas perempuan. Turut sama terlibat dalam kem ini sebagai fasilitator adalah barisan guru disiplin dengan diketuai oleh Ust. Mohd Afiq bin Zahari, En. Muhammad Razif bin Ismail, En. Mohd Rahmat bin Doraman, En. Nazierul Mubin bin Mohd Daud, Cik Wan Nah bt Wan Omar dan Cik Siti Mariam bt Ibrahim Edham. Kem ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan ALPHA Lt. Kol (PA) Muhammad Hanif bin Nasir dengan disaksikan oleh wakil daripada pihak sekolah, Pn. Che Zaviah binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Tasik.

Objektif Program;
  1. Memberi pendedahan mengenai kemahiran asas dalam menangani kemalangan kecil.
  2. Menanam sifat kesukarelawanan dalam diri setiap pengawas
  3. Memupuk semangat saling kenal mengenali dan faham memahami bagi tujuan memudahkan untuk saling bekerjasama

Tentatif Program;

22 Julai 2016 (Jumaat);

1430 - 1530: Pendaftaran, taklimat, dan perjalanan ke ALPHA
1530 - 1700: Aktiviti santai di Pusat Membeli Belah The Mines
1700 - 1830: Peserta lapor diri di ALPHA
1830 - 2030: Solat / Makan malam
2030 - 2200: Taklimat ALPHA
2200 - 2300: Perbincangan kumpulan

23 Julai 2016 (Sabtu);

0630 - 0700: Senaman pagi
0700 - 0830: Sarapan pagi
0830 - 0930: Ceramah Operasi Pertahanan Awam
0930 - 1000: Minum pagi
1000 - 1300: Aktiviti 1 (Ice breaking)
1300 - 1430: Makan tengahari / Solat
1430 - 1530: Aktiviti 2 (CPR dan Balutan)
1530 - 1630: Aktiviti 3 (Alat Pemadam Api Kecil)
1630 - 1700: Minum petang / Solat
1700 - 1830: Explorace
1830 - 2030: Solat / Makan malam
2030 - 2300: Majlis Mesra Hari Raya

24 Julai 2016 (Ahad);

0630 - 0700: Senaman pagi
0700 - 0830: Sarapan pagi
0830 - 0930: Majlis penutup (Dirasmikan oleh Timbalan Komanden ALPHA)
1000 - 1030: Minum pagi
1030 - 1100: Daftar keluar


Para peserta bersedia untuk bermain bowling.



Selfie pengawas bersama Ust. Afiq dan Cikgu Rahmat.

Selfie pengawas bersama Ust. Afiq dan Cikgu Nazierul.


Guru-guru turut sama bermain bowling bersama para peserta.

Peserta mengikut giliran untuk bermain bowling.





Peserta-peserta yang teruja bermain bowling.


Guru-guru sedang menjamu selera.


Aktiviti santai di pusat membeli-belah The Mines.





Para pengawas menunaikan solat Zohor.



Peserta-peserta tiba di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA).

Pendaftaran para peserta.

Taklimat ALPHA daripada Lt.M (PA) Ismail Hafiz bin Kamarul Arifin.


Peserta-peserta menunaikan solat Asar secara berjemaah.

Sesi 'energizer' oleh Ust. Mohd Afiq.

Perbincangan kumpulan yang dikendalikan oleh Cik Siti Mariam.

Peserta berkumpul di padang kawad untuk senaman pagi.




Sarapan pagi.









Selfie para guru dan fasilitator.

Makan tengahari.


Permainan yang menguji ketajaman minda para pengawas.


Bergabung akal untuk memikirkan jalan penyelesaian.





Menguji kepekaan dan ketangkasan peserta-peserta.



Aktiviti explorace.



Peserta mendengar dengan teliti pembelajaran tentang alat pemadam api kecil oleh SM.(PA) Mohd Adenin B. Suhaimi.


Explorace.

Pembelajaran tentang kaedah CPR.

Peserta mencuba salah satu kaedah untuk memadamkan api.


Peserta cuba menggunakan alat pemadam api.


Membuat praktikal tentang cara-cara yang betul untuk CPR.

Jamuan hari raya.







Bacaan doa oleh saudara Zulhadid.

Ucapan daripada En. Muhammad Razif.


Ucapan daripada Lt.M Zulkurnain bin Shuib.






Ketua pelajar dan Pen. Ketua pelajar sesi 2015/2016 bersama Ketua Pelajar dan Pen. Ketua Pelajar sesi 2016/2017.







Semua sedang menjamu juadah yang disediakan.







Persembahan daripada peserta.




Lakonan yang mantap.



Persembahan daripada kumpulan yang diketuai oleh saudara Azrul.





Persembahan nyanyian lagu raya.









Potret raya.








Gambar kenang-kenangan.


















En. Rahmat bersama En. Razif.





Pengacara majlis iaitu saudara Ridhuan.


Berkumpul untuk memulakan aktiviti pagi.


Peserta mengikut gerakan zumba oleh fasilitator.


Aktiviti zumba diketuai oleh Unit Kecergasan.





Antara bahan yang digunakan semasa aktiviti explorace.

Persediaan majlis penutup.



Saudara Hemly Hakim sebagai pengacara majlis.

Ucapan daripada Pn. Che Zaviah.

Ucapan daripada Y.S Komandan ALPHA.

Penerimaan sijil oleh wakil peserta lelaki iaitu saudara Ahmad Ridhuan.

Penerimaan sijil oleh wakil peserta perempuan, saudari Nursara Najiha.

Penyampaian cenderahati daripada pihak SMK Seri Tasik kepada ALPHA.

Pemberian cenderamata daripada pihak ALPHA kepada pihak SMK Seri Tasik.



Para peserta lelaki yang ceria.



Peserta berkumpul sebelum berangkat pulang.


Sesi fotografi.









Pendaftaran keluar.


Peserta berjalan keluar dari kawasan asrama.


Akhir sekali, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) kerana sudi menyambut kehadiran kami dan memberikan pengisian program yang sangat berguna dan menarik kepada semua peserta.

Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada para peserta Kem Jati Diri Pengawas SMK Seri Tasik kerana telah berjaya menyempurnakan program ini. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang telah diperoleh sepanjang kem ini berlangsung dapat diamalkan serta dipraktikkan dengan cermat dalam kehidupan seharian kita.



"SELANGKAH KE HADAPAN."