Monday 18 July 2016

Temuduga Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17 ; Bersama Barisan Pentadbir.

Pada 18 Julai 2016 (Isnin), telah berlangsungnya sesi Temuduga Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar bagi sesi 2016/17 bersama barisan Pentadbir yang bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Seri Tasik. Sesi temuduga ini telah dinilai oleh Pn. Hajah Zuruwati Bt Awang selaku Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Che Zaviah Bt Abdullah selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zainuddin Bin Abd.  Hadi selaku Penolong Kanan Kokurikulum, dan En. Azmi Bin Miskah selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Seri Tasik. Sesi temuduga ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.


Barisan Calon Menanti Giliran Sebelum Sesi Temuduga Berlangsung.

Sesi Temuduga Bersama Barisan Pentadbir Sedang Berlangsung.

Sesi Temuduga Bersama Barisan Pentadbir Sedang Berlangsung.

Taniah diucapkan kepada kesemua barisan calon kerana telah melepasi kesemua ujian saringan dan temuduga dengan jayanya. Akhir sekali, nantikan keputusan akhir Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 2016/17.

"A LEADER IS SOMEONE WHO DEMONSTRATES WHAT'S POSSIBLE." - MARK YARNELL.

No comments: