Thursday 7 July 2016

Ucapan Hari Raya Daripada Ketua Pengawas SMK Seri Tasik

Assalamualaikum semua.

Hari demi hari , kita telah menjangkau usia kematangan.
Capt percaya, kematangan yang dimaksudkan ialah dari segi pemikiran, kepimpinan, keazaman dan sebagainya.
Namun begitu, dalam usia kita menjengah alam kematangan ini.
Ingatlah bahawa ada sahaja yang membenci, berkata belakang, mengata dan perkara-perkara negatif dilemparkan begitu sahaja terutama kepada LPS.
Disebalik kata-kata itu, terselit loncatan untuk kita lebih maju ke hadapan. Bergerak seiring menepis tohmahan . Pekakkan telinga dan sumbangkan sebanyak mana bakti yang dapat ditabur.

Untuk itu, sucikanlah diri kita. Buanglah sikap amarah itu. 
Buang sikap yang mencetuskan permusuhan dalam pengawas atau dengan pelajar.
Berdamai, bermaaf-maafan lah.

Appreciate this moments.
Jaga adab, hormatilah ketua yang memimpin.
Jangan ketepikan guru-guru pengawas yang menjadi tulang belakang dalam segala hal.

Maafkan capt seandainya ada kata-kata atau bicara yang mengguris hati anda sendiri.
Bukan senang hendak memimpin dan dipimpin.
Terimakasih kepada Nur , penggerak motivasi saya.
Ustaz Afiq, guru, ayah, rodong.
Banyak membantu kami.

Teruskan membirukan pengawas.
Ingat, kita sudah tidak lama.
Fikirkan, apa yang mampu kita tinggalkan kepada LPS?

Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir Batin.

No comments: