Sunday 19 March 2017

Hari Keluarga Pengawas 2017

Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik di bawah seliaan para pengawas Tingkatan 4 telah mengadakan Hari Keluarga Pengawas pada 17 Mac 2017 (Jumaat) bermula pada pukul 2.30 petang hingga 18 Mac 2017 (Sabtu) yang berakhir pada 2.30 petang. Program pengawas ini telah diadakan di SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur. Seramai 48 orang pengawas telah menyertai program ini. Guru pemantau bagi program ini ialah En. Mohd Afiq bin Zahari dan Pn. Julaidah bt Ahmad.

Tentatif program :

Jumaat (17/3/2017):

2:30 p.m - 3.00 p.m : Pendaftaran 3.00 p.m - 3.40 p.m : Acara perasmian
3.40 p.m - 4.10 p.m : Taklimat dan persediaan 4.10 p.m - 4.40 p.m : Game 1 4.40 p.m - 5.00 p.m : Solat Asar
5.00 p.m -6.30 p.m : Aktiviti petang 6.30 p.m - 7.20 p.m : Persiapan dan makan 7.20 p.m - 8.50 p.m : Solat Maghrib 8.50 p.m - 10.50 p.m : Ice Breaking
10.50 p.m - 12.50 p.m : Game 3 12.50 p.m - 1.00 a.m : Supper 1.00 a.m - 1.10 a.m : Persediaan sebelum tidur
1.10 a.m - 5.00 a.m : Tidur Sabtu ( 18 Mac 2017) 5.00 a.m - 6.00 a.m : Persediaan diri 6.00 a.m - 6.20 a.m : Solat Subuh
6.20 a.m - 7.00 a.m : Game 4 7.00 a.m - 7.30 a.m : Senamrobik 7.30 a.m - 9.00 a.m : Sukaneka 9.00 a.m - 9.30 a.m : Sarapan pagi
9.30 a.m - 10.30 a.m : Game 5 10.30 a.m - 12.30 p.m : Treasure Hunt 12.30 p.m - 1.50 p.m : Makan tengahari dan persiapan diri
1.50 p.m - 2.30 p.m : Majlis penutup

Objektif Hari Keluarga Pengawas 2017 : Objektif untuk peserta :

1. Mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik.
2. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan pengawas semasa menjalankan aktiviti yang disediakan.
3. Menghilangkan rasa tertekan dan bebanan yang dialami oleh pengawas semasa bertugas pada sesi persekolahan.
Objektif untuk penyelia: 1. Mengenali karakter diri antara satu sama lain dengan lebih mendalam dalam sesebuah organisasi
2. mampu memahami cara bekerja dan personaliti masing - masing ketika meramcang program. 3.Melahirkan sifat kerjasama antara pengawas semasa menguruskan program. 4. Memupuk keyakinan diri dalam kalangan pengawas.