PERLEMBAGAAN
LEMBAGA PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH
SERI TASIK, KUALA LUMPUR
Diperkenalkan pertama kali sebagai Perlembagaan
Rasmi LPS SMKST pada:
3 Januari 2012
SUSUNAN PERKARA
Bahagian 1: Perlantikan
Pengawas
Fasal
1: Penerimaan Pengawas Baru
Fasal
2: Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal
3: Bidang Kuasa Pengawas
Fasal
4: Pakaian Pengawas
Bahagian 2: Ahli
Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Fasal
1: Ahli Majlis Tertinggi
Fasal
2: Ahli Jawatankuasa
Fasal
3: Bidang Kuasa AJK
Bahagian 3: Pakaian dan
Penampilan
Fasal
1: Etika Pemakaian Pengawas
Fasal
2: Pakaian Seragam Pengawas
Fasal
3: Peraturan Memakai Blazer
Fasal
4: Peraturan Aset Pengawas
Fasal
5: Kekemasan Pengawas
Bahagian 4: Tugasan Pengawas
Fasal
1: Tugasan Khusus
Fasal
2: Tugasan Sampingan
Fasal
3: Tindakan Disiplin
Bahagian 5: Tatatertib dan
Kelakuan Pengawas
Fasal
1: Tatatertib Am Pengawas
Fasal
2: Kualiti seorang pengawas
Fasal
3: Tatatertib pengawas
Fasal
4: Tanggungjawab Pengawas
Bahagian 6: Tindakan
Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal
1: Jenis Kesalahan
Fasal
2: Perbicaraan
Fasal
3: Hukuman
Bahagian 7: Persaraan
Pengawas
Fasal
1: Tamat Tempoh Tugas
Fasal
2: Masalah Disiplin
Fasal
3: Perletakan Jawatan
Fasal
4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran
Bahagian 1: Perlantikan
Pengawas
Fasal 1:
Penerimaan Pengawas Baru
1.1 Dilantik dalam kalangan pelajar
tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.
1.2 Pelajar
tingkatan 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak
mencukupi
1.3 Wajib melalui 2 sesi temuduga.
1.4 Temuduga
pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih calon
pengawas pelatih.
1.5 Temuduga
kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas / disiplin dan seorang AJK
pengawas untuk memilih calon pengawas pelatih yang layak dilantik sebagai
pengawas sekolah.
1.6 Kriteria perlantikan pengawas berubah
setiap tahun.
1.7 Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria
perlantikan pengawas.
Fasal 2:
Latihan Kepimpinan Pengawas
2.1 Setiap
pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan iaitu
perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran.
2.2 Pengawas
baru yang tidak menyertai kedua-dua perkhemahan ini akan dilucutkan jawatan
secara automatik.
2.3 Setiap pengawas pelatih wajib menjadi
pelatih sekurang-kurangnya 1 bulan.
2.4 Ahli
Jawatankuasa pengawas berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai.
2.5 Selagi
mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan
tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua
pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.
2.6 Pengawas
yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan perlu
menyertakan surat
tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib.
Fasal 3:
Bidang Kuasa Pengawas
3.1 Pengawas berhak menegur dan memberi
amaran kepada rakan pelajar.
3.2 Pengawas sama sekali tidak berhak
melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.
3.3 Pengawas
tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas perintah guru disiplin.
3.4 Pengawas
dibenarkan mengenakan kompaun serta merta terhadap murid-murid yang melakukan
kesalahan disiplin.
Fasal 4:
Pakaian Pengawas
4.1 Pengawas lelaki memakai baju kemeja biru
dan seluar slack biru gelap.
4.2 Pengawas perempuan memakai baju kurung biru dan kain biru gelap.
4.3 Pengawas
perempuan wajib memakai baju kemeja pada hari Isnin dan pada majlis rasmi
sekolah.
4.4 Semua
AJK Tertinggi Lembaga Pengawas wajib memakai blazer pada perhimpunan rasmi hari
Isnin.
4.5 Pengawas tidak dibenarkan memakai baju
putih.
4.6 Pengawas perlu tampak kemas dan bersih
setiap masa.
4.7 Pengawas tidak dibenarkan memakai
pakaian yang lusuh dan comot.
Bahagian 2: Ahli
Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Fasal 1:
Ahli Majlis Tertinggi
1.1 Diketuai
oleh dua orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua
Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari
1.2 Ketua
Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun.
Calon-calon ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.
1.3 Penolong
Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik melalui
perbincangan antara guru penasihat Lembaga Pengawas dan Disiplin.
1.4 Ketua
Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik AJK dibawah pengawasan
guru pengawas.
1.5 Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang
belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.
Fasal 2:
Ahli Jawatankuasa
1.1 Berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas
dibawah persetujuan guru penasihat
1.2 Merupakan tulang belakang utama dalam
setiap aktiviti pengawas.
Fasal 3:
Bidang Kuasa AJK
1.1 AJK berkuasa meminda dan menambah
aktiviti tahunan pengawas mengikut jawatan.
1.2 AJK wajib melaksanakan tugasan mengikut
jawatan yang dipegangnya.
1.3 AJK bertindak sebagai mentor kepada
pengawas dibawah jagaannya.
1.4 AJK berhak memberi arahan kepada mente
masing-masing.
1.5 AJK
wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang lain.
Bahagian 3: Pakaian dan
Penampilan
Fasal 1:
Etika Pemakaian Pengawas
1.1
Pakaian hendaklah bersih dan
kemas mengikut peraturan sekolah
1.2
Berpakaian lengkap dengan
tanda nama, lencana sekolah, lencana pengawas dan bertali leher pengawas yang
diikat rapi
1.3
Pengawas lelaki perlu
memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan lengan baju
tidak dilipat kecuali di dalam kelas
1.4
Pengawas perempuan tidak
dibenarkan melipat lengan tangan
1.5
Pengecualian bagi
(digalakkan):
1.5.1 hari
Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;
1.5.2 hari
Khamis (hari 1 Murid 1 Sukan): pakaian sukan sekolah
1.6 Pengawas
tidak boleh meninggalkan sebarang peraturan pemakaian pengawas selagi masih di
kawasan sekolah
Fasal 2:
Pakaian Seragam Pengawas
2.1 Pengawas Lelaki
2.1.1 Baju lengan panjang
2.1.2 Bertali leher
2.1.3 Seluar panjang biru gelap
2.1.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm
2.1.5 Kasut dan stoking hitam
2.1.6 Segala aset pengawas
2.2 Pengawas Perempuan
2.2.1 Berbaju
kurung biru dan berkain biru gelap
2.2.2 Bertudung
biru dan melepasi paras bahu
2.2.3 Anak
tudung berwarna hitam
2.2.4 Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja
lengan panjang dan bertali leher dengan skirt labuh / pendek melepasi paras
lutut
2.2.5 Kasut
dan stoking berwarna hitam
2.2.6 Pada
hari Jumaat, diwajibkan memakai kain batik sekolah
2.3 Pemakaian Tali Leher
Selagi seseorang pengawas memakai tali leher
Lembaga Pengawas, perkara berikut tidak boleh dilakukan:
2.3.1 Tidak boleh bercakap kasar
2.3.2 Tidak boleh pergi ke tempat hiburan
2.3.3 Tidak boleh melawan atau memukul guru
2.3.4 Tidak boleh melanggar peraturan sekolah
2.3.5 Tidak boleh menunggang motosikal dalam
kawasan sekolah
2.3.6 Tidak boleh bermain dalam sebarang aktiviti
sukan
2.3.7 Tidak
boleh menggunakan atau membawa barang larangan. Contoh: liquid paper, pembaris
besi.
2.3.8 Tidak boleh memotong kuku di dalam kelas.
2.4 Tali
leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk
dipakai
2.5 Hendaklah
dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang dengan
pusat.
2.6 Tidak boleh meletakkan tali leher di
atas bahu.
Fasal 3:
Peraturan Memakai Blazer
3.1 Blazer
hanya boleh ketika majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi dan sepanjang waktu
persekolahan pada hari Isnin.
3.2 Hendaklah
sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan
bertali leher.
3.3 Penggunaan
blazer hanya untuk dipakai oleh Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Sekolah sahaja.
3.4 Urusan
peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah terlebih
dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas dan direkodkan.
3.5 Blazer
perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali mendapat
persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa keluar dari bilik
tersebut.
3.6 Sekiranya
berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh diserahkan
kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke tempat asal.
3.7 Tag
nama hitam pengawas tidak boleh tersembunyi di belakang kolar blazer. Ia perlu
sentiasa berada di atas garisan poket blazer
3.8 Semasa
sesi Pengajaran dan Pembelajaran sedang berjalan, pengawas dibenarkan untuk
memakai atau menanggalkan blazer.
3.9 Menghormati blazer dan memastikan
kekemasan blazer dijaga.
3.10 Lengan blazer tidak boleh dilipat atau
digulung.
Fasal 4:
Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)
4.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai
lencana pengawas
4.2 Pengawas
perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah
buku nota bersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah).
4.3 Pastikan
tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar
sahaja.
4.4 Sekiranya
buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila gantikan dengan
buku nota yang baharu secepat mungkin.
Fasal 5:
Kekemasan Pengawas
5.1
Rambut :
5.1.1 Perlulah
sentiasa bersih dan kemas
5.1.2 Tidak
dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut
5.1.3 Panjang
rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
(a) Di
belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
(b) Di
depan : Rambut menutup garisan tengah
dahi
(c) Di
sebelah : Rambut menutup kedua-dua
telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘side burn’ melebihi garisan tengah
hidung
(d) Di
atas : Rambut lebih daripada 6 inci
/ 15cm panjang
5.1.4 Potongan
rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa
5.1.5 Murid
perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung
5.2
Misai dan Janggut :
Pengawas
tidak boleh menyimpan misaim atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya
sekali.
5.3
Kuku :
Pengawas
perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai
Bahagian 3: Tugasan Pengawas
Fasal 1:
Tugasan Khusus
1.1 Tugasan
khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan
seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.
1.2 Tugasan
seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan menjaga
laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.
Fasal 2:
Tugasan Sampingan
2.1 Tugasan sampingan seorang pengawas
adalah seperti membantu guru-guru.
2.2 Pengawas wajib membantu guru-guru dalam
hal-hal disiplin.
2.3 Pengawas
berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang berlangsung.
Fasal 3:
Tindakan Disiplin
3.1 Tindakan
disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas.
3.2 AJK
yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK Denda
3.3 Data
terkumpul perlu diserahkan kepada AJK Merit untuk direkod dan dianalisis.
3.4 Pengawas
yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya perbuatan
tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis Tertinggi berhak melucutkan
jawatan pengawas tersebut
3.5 Pengawas yang telah dilucutkan jawatan
tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.
Bahagian 4: Tatatertib dan
Kelakuan Pengawas
Fasal 1:
Tatatertib Am Pengawas
Pengawas merupakan wakil
pihak pentadbir dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan
tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
Sebagai seorang pengawas,
mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.
Pengawas harus menjaga imej
Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa.
Fasal 2:
Kualiti seorang pengawas
2.1
Akauntibiliti
2.2
Ketepatan masa
2.3
Tegas dan Berani
2.4
Pantas dan Bijak
2.5
Peka dan Inisiatif
2.6
Adil
2.7
Boleh dipercayai
Fasal 3:
Tatatertib pengawas
3.1 Pengawas
harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Sekiranya
seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang
munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas atau AJK
Tertinggi yang lain.
3.2 Pengawas tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya.
3.3 Seseorang
pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia
harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
3.4 Seseorang
pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
3.5 Seseorang
pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan
mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal
keadaan kelas.
3.6 Seseorang
pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas
haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.
3.7 Pengawas
harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang
membantu guru apabila diperlukan.
Fasal 4:
Tanggungjawab Pengawas
4.1 Sentiasa bekerjasama antara satu sama
lain
4.2 Bersopan santun setiap masa
4.3 Menyokong semua aktiviti Lembaga
Pengawas dan sekolah.
4.4 Menjaga
imej sekolah dan tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan
nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.
4.5 Tidak ponteng kelas dan sekolah secara
sengaja.
Bahagian 5: Tindakan
Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1:
Jenis Kesalahan.
1.1 Tingkah laku jenayah
1.2 Tingkah laku lucah
1.3 Tingkah laku kekemasan diri
1.4 Tingkah laku tidak mementingkan masa
1.5 Tingkah laku kurang sopan dan tidak
bertanggungjawab
1.6 Tingkah laku musnah
1.7 Tingkah laku tidak jujur
1.8 Ponteng
Fasal 2:
Perbicaraan
2.1 Semua
pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan dilucutkan jawatan
secara automatik.
2.2 Pengawas
yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok, berhak
dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga
Disiplin.
2.3 Pengawas
yang sudah menerima lebih daripada satu surat
amaran daripada Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya
2.4 Pengawas
yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan pengawas seperti spot check.
Fasal 3:
Hukuman
3.1 Pengawas
yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hukuman
tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang lain. Contohnya, jika
seseorang murid dikenakan denda RM0.10 kerana kesalahan satu jari kuku panjang,
seseorang pengawas dikehendaki membayar RM0.20 atas kesalahan yang sama.
3.2 Pengawas
yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid - murid tersebut.
3.3 Pengawas
yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata demerit ke atas akan
dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi bicara pihak
pentadbir.
Bahagian 6: Persaraan
Pengawas
Fasal 1:
Tamat Tempoh Tugas
1.1 Secara
umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan
tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKST.
1.2 Setiap
pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka
sepanjang menjadi seorang pengawas.
1.3 Sijil
Penghargaan daripada Lembaga Pengawas hanya diberikan kepada pengawas yang
menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 sahaja.
1.4 Nama
jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli Majlis
Tertinggi Lembaga Pengawas sahaja.
Fasal 2:
Masalah Disiplin.
2.1 Bagi
pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan dilucutkan
jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga Pengawas.
2.2 Bagi
pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas, mereka dibenarkan membuat
rayuan dan permohonan daripada Lembaga Pengawas untuk mendapatkan sijil.
2.3 Pengawas
Percubaan yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas adalah tidak layak untuk
menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang
pengawas
2.4 Guru
Penasihat Lembaga Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan kepada
pengawas, sekiranya berlaku ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan tahap
disiplin pengawas.
Fasal
3: Perletakan Jawatan
3.1 Pengawas
Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengawas
dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada Badan Pengawas.
3.2 Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan
rasmi.
3.3 Setiap
pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan diminta
untuk mengemukakan surat
perletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai masalah peribadi,
boleh mengemukakan surat
tunjuk sebab supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.
3.4 Pengawas
yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas boleh meletak jawatan secara
sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.
Fasal 4:
Arahan Ahli Majlis Pentadbiran
4.1 Ahli Majlis Pentadbiran Berhak
melucutkan jawatan seseorang pengawas.
4.2 Pengawas
boleh membuat rayuan kepada Pengetua / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin / Guru
Penasihat Lembaga Pengawas sekiranya mereka didapati terlibat dengan sesuatu
kesalahan berat / mengumpulkan 20 mata demerit dan ke atas.
4.3 Keputusan
Ahli Majlis Pentadbiran hendaklah dibincangkan bersama Ahli Lembaga Pengawas / Ahli
Majlis Tertinggi.
4.4 Semua keputusan yang telah dibuat adalah
muktamad dan hendaklah di patuhi.
No comments:
Post a Comment