Wednesday 7 June 2017

Iftar Alumni Pengawas SMK Seri Tasik

Pada tarikh 2 Jun 2017 (Jumaat), Alumni Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di Medan Selara, Bandar Sri Permaisuri. Majlis ini berlangsung dari jam 6.30 petang - 8.00 malam.

Selepas berbuka puasa, para alumni beramai-ramai menuju ke Masjid Al-Najihin untuk menunaikan solat fardhu maghrib sekaligus menyempurnakan solat fardhu Isyak dan solat sunat terawih secara berjemaah.

Majlis iftar yang diadakan ini adalah merupakan sederap langkah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara barisan Alumni Pengawas SMK Seri Tasik.










Akhir sekali, diharapkan aktiviti sebegini akan dipelbagaikan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anggota Alumni Pengawas SMK Seri Tasik.

"Terus berbakti kepada pengawas!"