Friday 15 April 2022

Program Suai Kenal Tingkatan 1 bersama AMT 22/23

Pada 7 April dan 14 April 2022 (Khamis), Lembaga Pengawas SMKST telah bertanggungjawab untuk membantu dalam pelaksanaan Program Suai Kenal Tingkatan 1. Program ini melibatkan seramai 24 orang ahli AMT termasuk ketua dan penolong. Program ini berlansung pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. AMT yang terlibat telah diarahkan untuk merancang aktiviti dalam kumpulan masing-masing untuk dilaksanakan bersama pelajar Tingkatan 1. Para AMT ini telah dibimbing oleh Encik Nazierul Mubin Bin Mohd Daud selaku ketua guru pengawas SMKST.


Objektif

  • Mengeratkan hubungan antara murid dan pengawas.
  • Memperkenalkan barisan AMT dan LPS SMKST kepada pelajar Tingkatan 1.
  • Meyakinkan pelajar Tingkatan 1 untuk menyertai Lembaga pengawas.

7 April 2022

  • Hanya ketua AMT sahaja yang terlibat.
  • Kelas yang terlibat ialah kelas 1 Amanah, 1 Bestari dan 1 Cekal. 
14 April 2022
  • Hanya penolong AMT sahaja yang terlibat.
  • Kelas yang terlibat ialah kelas 1 Dedikasi, 1 Gemilang dan 1 Harmoni. 

Tentatif Program:
10.00am - AMT berada di bilik muzik SMKST untuk membuat persediaan/perancangan terakhir.
10.30am - AMT bergerak ke kelas yang ditugaskan.
10.40am - AMT memperkenalkan diri dan jawatan serta menghebahkan info berkenaan LPS.
10.50am - Aktiviti bersama Tingkatan 1 dijalankan.
11.30am - Bersurai.



Encik Nazierul Mubin , Ketua Guru Pengawas SMKST


Farah Asmah , Ketua Pengawas SMKST






























Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan AMT
yang sudi memberi kerjasama dan melaksanakan program ini
dengan lancar pada bulan Ramadan ini.


" Success is sweet, but the secret is sweat "