Tuesday 25 December 2018

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Kali Pertama Bagi Sesi 2019/20

Pada tarikh 24 Disember 2018 (Isnin), telah berlangsungnya Mesyuarat AMT Pengawas kali pertama bagi sesi 2019/20.Mesyuarat ini diadakan di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Seramai 13  orang AMT telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Ustaz Mohd Afiq bin Zahari. 

Objektif Mesyuarat AMT kali Pertama bagi sesi 2019/20
  • Membentangkan laporan daripada setiap biro.
  • Membincangkan isu-isu terkini dalam organisasi Lembaga Pengawas untuk diambil tindakan.     

Tentatif Program:
- Ucapan Pengerusi Majlis 
-Bacaan Doa
- Ucapan Ketua Pengawas
-Ucapan Ketua Guru Pengawas
-Pelantikan AMT Ketua Dan Penolong
-Penerangan Skop Tugas
-Nyanian Lagu Pengawas
-Bersurai 









Akhir sekali, diharapkan segala intipati mesyuarat AMT pada kali ini dapat diambil serius oleh setiap biro dan seterusnya mampu memantapkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih positif. Pengawas hebat, luar biasa!

"Our intention creates our reality."- Wayne Dyer.



Tuesday 13 November 2018

All The Best For SPM!!!!

Pihak LPS SMK Seri Tasik ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada 13 November 2018 (Selasa). Semoga calon-calon SPM sekalian dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. You can do it! 

                                       

Wednesday 7 November 2018

Selamat Hari Deepavali!!

                  
    Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.




Saturday 3 November 2018

Hyacinthum Flamma Prefect's Day 2018

Pada tarikh 3 November 2018 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan sebuah Majlis Jamuan Akhir Tahun.Jamuan ini ditemakan 'Hyacinthum Flamma' biru api dalam Bahasa Latin. Jamuan ini dikendalikan oleh para Pengawas Tingkatan 4 dengan bimbingan daripada Ustaz Mohd Afiq bin Zahari. Majlis ini diadakan bertempat di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari jam 1.30 petang hingga 5.00 petang.

Antara tetamu berhormat yang hadir pada majlis ini adalah PK Hal Ehwal Murid,Pn.Che Zaviah Binti Abdullah,Ketua Guru Disiplin,En.Muhd Razif Bin Ismail,Kauselor Sekolah,En.Muhd Fauzi Bin Majid serta barisan guru penasihat Lembaga Pengawas. 

Objektif Majlis Akhir Tahun Hyacinthum Flamma Prefect's Day ini ialah;
  • Mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik.
  • Sebagai penghargaan kepada para pengawas yang telah bertugas.
  • Menghilangkan rasa tertekan sepanjang menjalankan tugas pada sesi persekolahan.
Tentatif program;

9.00-10.00- Berkumpul
10.00-10.30-Bertolak
10.30-11.00-Berkumpul Di Hotel
11.00-11.30-Pendaftaran
11.30-12.00-Slot 1( Permainan)
12.00-12.30- Pertukaran Hadiah
12.30- 1.00-Slot2 (Permainan)
1.00-1.30- Solat Zohor
1.30-2.00- Majlis Perasmian
2.00-2.30- Makan Makanan Berat
2.30-4.00-Persembahan&Pertukaran Hadiah
4.00-4.45-Majlis Penutup
4.45-5.00-Bersurai 











-PENGAWAS TINGKATAN1-


-PENGAWAS TINGKATAN2-


-PENGAWAS TINGKATAN3-


-PENGAWAS TINGKATAN5-

-SLOT 1(PEMAINAN)

-PENGAWAS TING1 BERSAMA BARISAN GURU-


-PENGAWAS TING2 BERSAMA BARISAN GURU-

-PENGAWAS TING3 BERSAMA BARISAN GURU-

-PENGAWAS TING 4 BERSAMA BARISAN GURU-

-PENGAWAS TING.5 BERSAMA BARISAN GURU-


Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pengawas dan tetamu yang hadir ke majlis ini.

Be Happy.
Be Bright.
Be You.













Tuesday 31 July 2018

Tamrin Siri 3:Bengkel Pemantapan Tugas 2018 Dan Perjumpaan Terakhir Buat Ahli-ahli Majlis Tertinggi Tingkatan 5

Pada tarikh 31Julai 2018 (Selasa )Pada hari ini pihak Lembaga Pengawas telah mengadakan TAMRIN Siri 3 yang bertempat di SMK Seri Tasik dari jam 2.00 petang hingga2.40 petang. Bengkel TAMRIN ini diadakan bagi memantapkan lagi tugasan para pengawas. Pada hari yang sama juga perjumpaan bagi para pengawas telah diadakan bertempat di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik. Perjumpaan ini dilangsungkan bertujuan untuk memberikan penghargaan yang terakhir bagi para pengawas tingkatan 5 selaku Ahli-ahli Majlis Tertinggi sesi 2017/18 yang telah menyerahkan tugas mereka kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2018/19

TENTATIF:

2:00pm-2:30pm : Taklimat ringkas cara bertugas Perhimpunan dan Rehat
2:30pm-2:40pm :Sesi Soal Jawab
2:40pm-3:50pm :Perjumpaan Bersama Pengawas Tingkatan5
3:50pm-4:00pm :Majlis Bersurai




                                                   
Saudari Pembaca Tempat Tugas 




Penerangan Tugas di Pagar

Penerangan Tugas di Salahlaku Dan Lewat

Penerangan Tugas di Barisan

Penerangan daripada penolong disiplin

Penerangan daripada Ketua Pelajar

Sesi Soal Jawab



PERJUMPAAN TERAKHIR BUAT AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI TINGKATAN 5

                                     
 Pengerusi Majlis

Ucapan Daripada Saudara Hidayat Ismail

Ucapan Daripada Saudari Fairuz

Ucapan Daripada Saudara Izzul

Ucapan Daripada Saudari Nurulhana

Ucapan Daripada Saudara Faiz








                                      
 Ucapan Daripada Saudara Noor Azizuddin
Ucapan Daripada Saudari Fatini Nur Fatihah




Majlis Bersalaman

Majlis Bersalaman 

Majlis Bersalaman

Para pengawas perempuan menunggu kegiliran untuk bersalam dengan pengawas perempuan tingkatan5

















Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi tingkatan 5 yang telah banyak menyumbangkan bakti dengan penuh komited dan amanah sepanjang tempoh mentadbir sekolah. Segala penat lelah kalian dalam usaha untuk membimbing anak-anak buah ke arah menjadi pengawas yang lebih baik juga tidak akan sesekali kami lupakan.

Akhir sekali, semoga segala persediaan para pengawas tingkatan 5 bagi menghadapi SPM yang akan datang dipermudahkan dan berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"JASAMU AKAN KAMI KENANG SELALU."