Friday 28 April 2017

Kem Kepimpinan Pengawas 2017

Baru-baru ini, Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah menjalankan program Kem Kepimpinan Pengawas selama 3 hari 2 malam bermula dari 21 April 2017 (Jumaat) sehingga 23 April 2017 (Ahad) bertempat di Pusat Kokurikulum Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seramai 53 orang pengawas telah menyertai kem kepimpinan ini iaitu 26 orang pengawas lelaki dan 27 orang pengawas perempuan. Turut sama terlibat ialah barisan guru dengan diketuai oleh Ust. Mohd Afiq bin Zahari, En. Nazierul Mubin bin Mohd Daud, En. Muhammad Razif bin Ismail, En. Ruzailan bin Karim, En. Fauzi bin Majid, Cik Wan Nah bt Wan Omar, Cik Rashidah bt Ibrahim, dan Pn. Julaidah bt Ahmad.

Tentatif Kem Kepimpinan Pengawas 2017;

21 April 2017 (Jumaat)
2.00ptg - 3.30ptg; Pendaftaran
3.30ptg - 5.00ptg; Taklimat
5.00ptg - 6.30ptg; Jogging & Petanque (Slot 1)
6.30ptg - 8.00mlm; Urus diri / Solat / Makan malam
8.00mlm - 9.30mlm; Ice Breaking (Slot 2)
9.30mlm - 11.00mlm; Ceramah Kepimpinan (Slot 3)
11.00mlm - 11.30mlm; Solat Isyak & tidur

22 April 2017 (Sabtu)
6.30pg - 7.30pg; Senamrobik & jogging
7.30pg - 8.00pg; Sarapan pagi
8.00pg - 12.00tgh; Aktiviti luar (1)
12.00tgh - 2.00ptg; Makan tengahari / Solat Zohor
2.00ptg - 5.00 ptg; Aktiviti luar (2)
5.00ptg - 6.30ptg; Minum petang / Solat Asar
6.30ptg - 8.00mlm; Urus diri / Solat / Makan malam
8.00mlm - 9.30mlm; Latihan dalam kumpulan 1 (Slot 4)
9.30mlm - 11.00mlm; Sesi koreksi (Slot 5)
11.00mlm - 11.30mlm; Solat Isyak & tidur

23 April 2017 (Ahad)
6.30pg - 7.30pg; Senamrobik & jogging
7.30pg - 8.00pg; Sarapan pagi
8.00pg - 9.00pg; Treasure hunt
9.00pg - 11.00pg; Urus diri
11.00pg - 12.00tgh; Latihan dalam kumpulan 2 (Slot 7)
12.00tgh - 2.00ptg; Majlis penutup