Thursday 18 February 2016

Makluman Pertukaran Ahli Jawatankuasa AMT

Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan ahli jawatankuasa AMT. Pertukaran ini adalah kerana, ahli pengawas iaitu saudara Aiman Asyraf telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Justeru itu, terdapat beberapa jawatankuasa yang telah dirombak. Antaranya:


  1. Ketua Perhimpunan - Nursara Najiha
  2. Pen. Ketua Perhimpunan - Muhd Izzul Yusuf
  3. Ketua Unit Denda - Ahmad Ridhuan
  4. Ketua Ting. 4 - Ahmad Ridhuan
  5. Pen. Ketua Latihan - Fahmie Mansur
Pertukaran ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Be a warrior not a worrier."

Wednesday 17 February 2016

Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Sekolah

Pada tarikh 16 Februari 2016 (Selasa), sebuah pertandingan nasyid MTQ peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini diadakan bertempat di surau sekolah dan diacarakan oleh saudara Nizzaka. Ramai peserta yang telah mengambil bahagian. Antaranya, Azizuddin dari kumpulan An-Nur dan AP Aqeem dari kumpulan Sohibul Khadam. 






Keputusan akhir pertandingan nasyid ini ialah: 

Johan - Kump. An-Nur
Naib johan - Kump. Sohibul Khadam. 

Tahniah diucapkan!

"Tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadi 'abid dan khalifah."

Thursday 11 February 2016

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Hari Keluarga Pengawas 2016

Pada tarikh 10 Februari 2016 (Rabu), pengawas tingkatan 4 telah mengadakan sebuah mesyuarat yang bertempat di Bilik Pengawas SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang hari keluarga pengawas yang akan berlangsung pada 27 Mei 2016 - 28 Mei 2016 nanti. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ustaz Mohd Afiq bin Zahari serta 13 orang pengawas tingkatan 4. 

Antara perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat ini berlangsung ialah tugasan ahli-ahli jawatankuasa yang akan mengendalikan program ini dan juga susunan tentatif program. Selain itu, kami juga telah membincangkan sedikit tentang aktiviti dan permainan yang sesuai dijalankan semasa hari keluarga nanti. 







Doakan semoga segala urusan dalam menjayakan program hari keluarga pengawas ini dipermudahkan oleh-Nya dan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, nantikanlah hari keluarga pada tahun 2016 ini!

"The real secret of success is enthusiasm." - Walter Chrysler

Saturday 6 February 2016

Majlis Sambutan Hari Jadi Pengawas

Pada 6 Februari 2016 (Sabtu), pihak Lembaga Pengawas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Pengawas yang bertempat di Bilik Pengawas. Majlis ini telah berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi - 1.00 petang. Majlis ini adalah bagi meraikan ulang tahun kelahiran ahli pengawas iaitu saudara Azhar dan saudari Norizzati. Majlis ini telah dirancang oleh ahli keluarga pengawas dan diketuai oleh saudara Nizzaka Adizza.





















Kami dari ahli keluarga pengawas SMK Seri Tasik ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat anda berdua. Terima kasih kerana telah banyak menyumbangkan bakti anda kepada sekolah. Semoga kalian sentiasa diberkati Tuhan.

Akhir sekali, sekalung ucapan terima kasih buat para pengawas yang telah menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Jadi Pengawas ini.

"Kasih Sayang Adalah Pengukuh Ikatan Kekeluargaan"

Friday 5 February 2016

Pemilihan Kadet Polis Bagi Perkhemahan Peringkat Kontigen K.L

Pada 5 Februari 2016 (Jumaat), pihak SMK Seri Tasik di bawah Persatuan Unit Uniform Kadet Polis Sekolah telah menghantar seramai 24 orang pelajar untuk menyertai Pemilihan Kadet Polis Bagi Perkhemahan Peringkat Kontigen K.L yang bertempat di GPA, Cheras. Seramai 7 orang pengawas turut tercalon dalam pemilihan ini. Aktiviti berlangsung bermula jam 7.00 pagi - 5.00 petang. Guru pengiring ialah Pn Nurul Ilmi dan En Ruzailan.


Antara Pengawas Yang Terlibat;

1. Aiman Asyraf
2. Muhd Nabil Farhan
3. Muhamad Hakimi Fitri
4. Raja Nasiheen
5. Nur Izzati
6. Nursara Najiha
7. Nurul Hannah

Bagi melayakkan diri di dalam perkhemahan ini, para peserta hendaklah mempunyai;

- Mental dan fizikal yang mantap.
- Kerjasama yang padu diantara ahli pasukan.
- Sikap saling melindungi dan tidak mementingkan diri sendiri.
- Semangat juang yang tinggi.














Syabas buat para pengawas yang telah melibatkan diri di dalam pemilhan ini. Semoga ilmu yang diperoleh di sana akan dapat dikongsi bersama dengan para pengawas yang lain. 

"SENTIASA BERANI, CANTAS KELEMAHAN DIRI"