Tuesday 31 July 2018

Tamrin Siri 3:Bengkel Pemantapan Tugas 2018 Dan Perjumpaan Terakhir Buat Ahli-ahli Majlis Tertinggi Tingkatan 5

Pada tarikh 31Julai 2018 (Selasa )Pada hari ini pihak Lembaga Pengawas telah mengadakan TAMRIN Siri 3 yang bertempat di SMK Seri Tasik dari jam 2.00 petang hingga2.40 petang. Bengkel TAMRIN ini diadakan bagi memantapkan lagi tugasan para pengawas. Pada hari yang sama juga perjumpaan bagi para pengawas telah diadakan bertempat di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik. Perjumpaan ini dilangsungkan bertujuan untuk memberikan penghargaan yang terakhir bagi para pengawas tingkatan 5 selaku Ahli-ahli Majlis Tertinggi sesi 2017/18 yang telah menyerahkan tugas mereka kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2018/19

TENTATIF:

2:00pm-2:30pm : Taklimat ringkas cara bertugas Perhimpunan dan Rehat
2:30pm-2:40pm :Sesi Soal Jawab
2:40pm-3:50pm :Perjumpaan Bersama Pengawas Tingkatan5
3:50pm-4:00pm :Majlis Bersurai




                                                   
Saudari Pembaca Tempat Tugas 




Penerangan Tugas di Pagar

Penerangan Tugas di Salahlaku Dan Lewat

Penerangan Tugas di Barisan

Penerangan daripada penolong disiplin

Penerangan daripada Ketua Pelajar

Sesi Soal Jawab



PERJUMPAAN TERAKHIR BUAT AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI TINGKATAN 5

                                     
 Pengerusi Majlis

Ucapan Daripada Saudara Hidayat Ismail

Ucapan Daripada Saudari Fairuz

Ucapan Daripada Saudara Izzul

Ucapan Daripada Saudari Nurulhana

Ucapan Daripada Saudara Faiz








                                      
 Ucapan Daripada Saudara Noor Azizuddin
Ucapan Daripada Saudari Fatini Nur Fatihah




Majlis Bersalaman

Majlis Bersalaman 

Majlis Bersalaman

Para pengawas perempuan menunggu kegiliran untuk bersalam dengan pengawas perempuan tingkatan5

















Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi tingkatan 5 yang telah banyak menyumbangkan bakti dengan penuh komited dan amanah sepanjang tempoh mentadbir sekolah. Segala penat lelah kalian dalam usaha untuk membimbing anak-anak buah ke arah menjadi pengawas yang lebih baik juga tidak akan sesekali kami lupakan.

Akhir sekali, semoga segala persediaan para pengawas tingkatan 5 bagi menghadapi SPM yang akan datang dipermudahkan dan berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"JASAMU AKAN KAMI KENANG SELALU."





Monday 30 July 2018

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Kali Pertama Bagi Sesi 2018/19

Pada tarikh 30 Julai 2018 (Isnin), telah berlangsungnya Mesyuarat AMT Pengawas kali pertama bagi sesi 2018/19.Mesyuarat ini diadakan di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Seramai 17 orang AMT telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Ustaz Mohd Afiq bin Zahari. 

Objektif Mesyuarat AMT kali Pertama bagi sesi 2018/19-
  • Membentangkan laporan daripada setiap biro.
  • Membincangkan isu-isu terkini dalam organisasi Lembaga Pengawas untuk diambil tindakan.     

Tentatif Program:
- Ucapan Pengerusi Majlis 
-Bacaan Doa
- Ucapan Ketua Pengawas
-Ucapan Ketua Guru Pengawas
-Pelantikan AMT Ketua Dan Penolong
-Penerangan Skop Tugas
-Nyanian Lagu Pengawas
-Bersurai





Akhir sekali, diharapkan segala intipati mesyuarat AMT pada kali ini dapat diambil serius oleh setiap biro dan seterusnya mampu memantapkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih positif. Pengawas hebat, luar biasa!

"Our intention creates our reality."- Wayne Dyer.




Thursday 26 July 2018

MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA PENGAWAS BAGI SESI 2018/19

Pada 25 Julai 2018(Rabu) telah berlangsungnya Majlis Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas Bagi Sesi 2018/19.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh.Faizah Binti Hassan selaku Pengetua SMK Seri Tasik.

Objektif :
  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan buat barisan Ahli Majlis Tertinggi yang telah menabur bakti kepada pihak sekolah sepanjang tempoh mentadir sekolah.
  2. Memberi suntikan semangat dan perangsang buat barisan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu dilantik untuk menjadi pemimpin yang hebat dan disegani.
  3. Membentuk identiti dan peribadi mulia melalui dorongan peluang berkhidmat demi sekolah yang tercinta.    

Tentatif Program :
7:30pagi: Kata Aluan daripada Pengerusi Majlis 
7:30pagi: Ucapan daripada Ketua Pelajar SMK Seri Tasik Bagi Sesi 2017/18;Saudara Faiz Bin Mazli
7:40pagi: Ucapan daripada Pengetua SMK Seri Tasik:Pn.Hajah Faizah Binti Hassan
7:50pagi: Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi
                 2016/17
8:00pagi: Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pelajar Dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 
                 2018/19
8:10pagi: Gimik Penyerahan Tugas
8:20pagi: Majlis Bersurai


Kata Aluan daripada Pengerusi Majlis
-En.Nazirul-


Ucapan daripada Ketua Pelajar SMK Seri Tasik Bagi Sesi 2017/18
-Saudara Faiz Bin Mazli-

Ucapan daripada Pengetua SMK Seri Tasik
-Pn.Hajah Faizah Binti Hassan-

Tanda Perasmian

Sijil Penghargaan

Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Ketua Pelajar Bagi Sesi 2017/18
-Saudara Faiz Bin Mazli-

Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2017/18
-Saudari Nurulhana Binti Abu Bakar-

Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ketua Pelajar Bagi Sesi 2018/19
-Muhammad Noor Azizuddin Bin Azmi-

Penyerahan Watikah kepada Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2018/19
-Fatini Nur Fatihah Binti Sahriman-

Gimik Penyerahan Tugas
Ketua Pelajar 2017/18

Gimik Penyerahan Tugas
Ketua Pelajar 2018/19

Gimik Penyerahan Tugas

Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi 2017/18 yang telah menabur bakti sepanjang tempoh mentadbir sekolah yang dilakukan dengan penuh komited dan amanah. Semoga segala bakti dan amanah yang telah disumbangkan oleh kalian akan terus diingati 
  dan sekaligus diasimilasikan ke arah keberkesanan yang berkesan dan pragmatik. Sesungguhnya, tugas sebagai pengawas merupakan lonjakan paradigma buat seluruh warga SMK Seri Tasik di samping mengawal disiplin sekolah ke arah yang lebih mantap.


 Barisan AMT 2017/18 dan AMT 2018/19 Bersama Barisan Pentadbir Sekolah.

 Barisan AMT 2017/18 dan AMT 2018/19 Bersama Barisan Pentadbir Sekolah.

 Barisan AMT 2017/18 dan AMT 2018/19 Bersama Barisan Pentadbir Sekolah.

Ketua Pelajar&Pen.Ketua Pelajar bagi sesi 2017/18 bersama Ketua Pelajar&Pen.Ketua Pelajar Bagi Sesi 2018/19

Saudara Faiz Bin Mazli& Saudari Nurulhana Binti Abu Bakar
KP&PKP 2017/18

Saudara Muhammad  Noor Azizuddin Bin Azmi & Saudari  Fatini Nur Fatihah Binti Sahriman
Ketua Pelajar&Pen.Ketua Pelajar
2018/19

Sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad  Noor Azizuddin Bin Azmi
 atas lantikan sebagai Ketua Pelajar dan saudari  Fatini Nur Fatihah Binti Sahriman
 sebagai Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 2018/19. Semoga dengan lantikan ini, Organisasi Pengawas akan menjadi lebih mantap dari segi pelbagai aspek dan disiplin sekolah juga menjadi semakin baik. Syabas dan Tahniah diucapkan.

"Kami Bangga Bergelar Pengawas"