Saturday 8 August 2020

Penghargaan Terakhir Buat Ahli-ahli Majlis Tertinggi Tingkatan 5

 Pada tarikh 5 Ogos 2020 (Isnin), sebuah perjumpaan telah diadakan bertempat di Bilik Muzik SMK Seri Tasik. Perjumpaan ini dilangsungkan bertujuan untuk memberikan penghargaan yang terakhir bagi para pengawas tingkatan 5 selaku Ahli-ahli Majlis Tertinggi sesi 2019/20 yang telah menyerahkan tugas mereka kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2020/21.



Ucapan daripada Ketua Guru Pengawas


Ucapan daripada Saudari Balqis Sofiyah


Ucapan daripada Saudara Muhd Haqeem


Ucapan daripada Saudari Syahdatul Qistina


Ucapan daripada Saudari Nurul Adrina


Ucapan daripda Saudari Shaarmalina


Ucapan daripada Saudari Aleeya Mysarah 



Ucapan daripada Saudara Raja Nadhir


Ucapan daripada Saudara Azirul Hakimi selaku Ketua Pelajar bagi sesi 2020/21



Ucapan daripada Saudari Farah Khadijah selaku Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2020/21






Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi tingkatan 5 yang telah banyak menyumbangkan bakti dengan penuh komited dan amanah sepanjang tempoh mentadbir sekolah. Segala penat lelah kalian dalam usaha untuk membimbing anak-anak buah ke arah menjadi pengawas yang lebih baik juga tidak akan sesekali kami lupakan.


Akhir sekali, semoga segala persediaan para pengawas tingkatan 5 bagi menghadapi SPM yang akan datang dipermudahkan dan berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"JASAMU AKAN KAMI KENANG SELALU."









Wednesday 5 August 2020

MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI LEMBAGA PENGAWAS BAGI SESI 2020/21

Pada 5 Ogos 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas Bagi Sesi 2020/21. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Muhammad Asri Bin Alias selaku PK Tadbir&Kokuikulum SMK Seri Tasik. Majlis ini juga telah diadakan di Bilik Pengawas SMK Seri Tasik dengan mengikuti SOP penuh .

Objektif :
  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan buat barisan Ahli Majlis Tertinggi yang telah menabur bakti kepada pihak sekolah sepanjang tempoh mentadir sekolah.
  2. Memberi suntikan semangat dan perangsang buat barisan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu dilantik untuk menjadi pemimpin yang hebat dan disegani.
  3. Membentuk identiti dan peribadi mulia melalui dorongan peluang berkhidmat demi sekolah yang tercinta.    

Tentatif Program :
7:30pagi: Kata Aluan daripada Pengerusi Majlis 
7:40pagi: Ucapan daripada PK Tadbir &Kokurikulum SMK Seri Tasik,En Muhammad Asri Bin Alias
7:50pagi: Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi
                 2019/20
8:00pagi: Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pelajar Dan Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 
                 2020/21
8:20pagi: Majlis Bersurai







Kata Aluan daripada Pengerusi Majlis
-Saudara Syahdatul Qistina



Ucapan daripada PK Tadbir&Kokurikulum SMK Seri Tasik
-En. Muhammad Asri Bin Alias-


Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Ketua Pelajar Bagi sesi 2020/21
--Raja Nadhir Binti Raja Kamaroszaman-



Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2019/20
-Aleeya Mysarah Binti Farok-



Penyerahan Watikah kepada  Ketua Pelajar Bagi Sesi 2020/21
-Saudara Azirul Hakimi Bin Azizul-


Penyerahan Watikah kepada Penolong Ketua Pelajar Bagi Sesi 2020/21
-Saudari Farah Khatijah Binti Malek Naim-



 Barisan AMT 2019/20 dan AMT 2021/21 Bersama Barisan Pentadbir Sekolah




Terima kasih diucapkan kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi 2020/21 yang telah menabur bakti sepanjang tempoh mentadbir sekolah yang dilakukan dengan penuh komited dan amanah. Semoga segala bakti dan amanah yang telah disumbangkan oleh kalian akan terus diingati 
  dan sekaligus diasimilasikan ke arah keberkesanan yang berkesan dan pragmatik. Sesungguhnya, tugas sebagai pengawas merupakan lonjakan paradigma buat seluruh warga SMK Seri Tasik di samping mengawal disiplin sekolah ke arah yang lebih mantap.





Sekalung tahniah diucapkan kepada saudara  Azirul Hakimi Bin Azizul
 atas lantikan sebagai Ketua Pelajar dan saudari Farah Khatijah Binti Malek Naim
 sebagai Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 20120/21. Semoga dengan lantikan ini, Organisasi Pengawas akan menjadi lebih mantap dari segi pelbagai aspek dan disiplin sekolah juga menjadi semakin baik. Syabas dan Tahniah diucapkan.

"Kami Bangga Bergelar Pengawas"