Thursday 30 June 2016

SESI RAKAMAN VIDEO CALON KETUA PELAJAR DAN PENOLONG KETUA PELAJAR SMK SERI TASIK 2016/17

Pada 30 Jun 2016 (Khamis), telah diadakan Sesi Rakaman Video Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17 yang bertempat di SMK Seri Tasik. Sesi rakaman video ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Sesi rakaman video ini telah diketuai oleh saudari Nur Aqilah Amani Binti Zulkarnal selaku Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik.

Pembahagian Tugasan AJK Pelaksana :

  • Cara Bercakap : Helmy Hakim Bin Zulqurnain.
  • Rakaman Video : Nur Aqilah Amani Binti Zulkarnal & Aida Binti Ambotud.


Saudara Helmy sedang menunjuk ajar calon: saudari Aisah, cara bercakap di hadapan kamera.
Para Calon sedang gigih menghafal skrip..
Para Calon sedang gigih menghafal skrip..
Saudari Aida sedang menunjuk ajar calon-calon sebelum sesi rakaman berlangsung..

Terima kasih diucapkan kepada AMT yang sudi membantu melancarkan sesi rakaman video ini berlangsung dengan jayanya. Akhir sekali, semoga berjaya buat keenam-enam calon yang bertanding!

"THE TASK OF THE LEADER IS TO GET HIS PEOPLE FROM WHERE THEY ARE TO WHERE THEY HAVE NOT BEEN"

Wednesday 29 June 2016

MAKLUMAT RINGKAS : PEMILIHAN KETUA DAN PENOLONG KETUA PELAJAR 2016/17

CALON KETUA PELAJAR SMK SERI TASIK 2016/17 :


CALON 1 :

"NAQI"

NAMA : RAJA NAQIUDDEEN B. RAJA KAMAROSZAMAN.
KELAS : 4 AMANAH
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 4 TAHUN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS: PENOLONG KETUA DISIPLIN
PENGLIBATAN :
               1. AJK DISIPLIN KADET BOMBA DAN PENYELMAT
               2. KADET BOMBA DAN PENYELAMAT - PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH
               3.AJK TINGKATAN 4 - SUKAN BOLA KERANJANG
               4. SUKAN BOLA KERANJANG (KARNIVAL 1M1S)
               5. AHLI AKTIF - PERSATUAN SAINS, MATEMATIK, DAN ROBOTIK


CALON 2 :

"IWAN"

NAMA : AHMAD RIDHUAN B. PURYADI
KELAS : 4 BESTARI
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 4 TAHUN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS : KETUA KEROHANIAN
PENGLIBATAN :
               1. AHLI AKTIF - PERSATUAN SAINS, MATEMATIK DAN ROBOTIK
               2. MEWAKILI SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN KERETA SOLAR (SELAMA 2 TAHUN)
               3. AJK DISIPLIN KADET POLIS
               4. AJK DISIPLIN SUKAN BADMINTON
               5. MENYERTAI PERTANDINGAN BADMINTON (SELAMA 3 TAHUN)
               6. SUKAN BOLA KERANJANG (KARNIVAL 1M1S)


CALON 3 :

"ZUL"

NAMA : ZULHADID BIN AHMAD ZUHAIROZI
KELAS : 4 BESTARI
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 6 BULAN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS : PENGAWAS BIASA
PENGLIBATAN :
               1. AHLI AKTIF PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
               2. NAIB PENGERUSI KADET BOMBA
               3. KADET BOMBA - KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH (SELAMA 2 TAHUN)
               4. MENYERTAI KEM BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
               5. NAIB PENGERUSI SUKAN BOLA KERANJANG
               6. MEWAKILI BADMINTON PERINGKAT ZON PUDU 2016



CALON PENOLONG KETUA PELAJAR SMK SERI TASIK 2016/17 :

CALON 1 :

"SHARA"

NAMA : SHARA BT. MUSTAPHA NGIAM ABDULLAH
KELAS : 4 HARMONI
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 3 TAHUN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS : KETUA UNIT MERIT
PENGLIBATAN :
               1. AHLI AKTIF & AJK TINGKATAN 4 PERSATUAN KELAB GEOGRAFI
               2. AHLI AKTIF KADET REMAJA SEKOLAH
               3. KADET REMAJA SEKOLAH - MENYERTAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI ZON PUDU
               4. AHLI AKTIF SUKAN BOLA BALING


CALON 2 :


"SARA"

NAMA : NURSARA NAJIHA BT. AMRAN
KELAS : 4 CEKAL
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 4 TAHUN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS : KETUA PERHIMPUNAN
PENGLIBATAN :
               1. AHLI AKTIF PERSATUAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
               2. PENOLONG SETIAUSAHA KADET POLIS
               3. KADET POLIS - JUARA KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH, MASUK PERINGKAT DAERAH (SELAMA 2 TAHUN)
               4. AJK DISIPLIN SUKAN PING PONG


CALON 3 :

"AISAH"

NAMA : AISAH BT. LATTIA
KELAS : 4 DEDIKASI
PENGALAMAN BERKHIDMAT : 6 BULAN
JAWATAN TERKINI SEBAGAI PENGAWAS : PENGAWAS BIASA
PENGLIBATAN :
               1. AHLI AKTIF KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
               2. PENOLONG BENDAHARI UNIFORM PENGAKAP
               3. PENGAKAP - MENYERTAI KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH
               4. PENOLONG SETIAUSAHA KELAB CATUR

Tuesday 28 June 2016

Pemilihan Ketua dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17

Setelah melalui Sesi Penamaan dan Pengenalan Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17, keputusan 6 calon akhir adalah seperti berikut :


CALON KETUA PELAJAR SMK SERI TASIK 2016/17 :

1. Raja Naqiuddieen bin Raja Kamaroszaman. (4 Amanah)
2. Ahmad Ridhuan bin Puryadi. (4 Bestari)
3. Zulhadid bin Ahmad Zuhairozi Muslim. (4 Bestari)

CALON  PENOLONG KETUA PELAJAR SMK SERI TASIK 2016/17 :

1. Shara bt Mustapha Ngiam Abdullah. (4 Harmoni)
2. Nursara Najiha bt Amran. (4 Cekal)
3. Aisah bt Lattia. (4 Dedikasi)


Tahniah dan syabas diucapkan buat keenam-enam calon yang telah terpilih sebagai Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 2016/17. Justeru, keenam-enam calon dikehendaki membuat persiapan yang rapi untuk sesi pemilihan yang seterusnya. Semoga berjaya!

SARINGAN : PENAMAAN DAN PENGENALAN CALON KETUA PELAJAR & PENOLONG KETUA PELAJAR 2016/17

Pada 28 Jun 2016 (Isnin), telah berlangsungnya Sesi Penamaan dan Pengenalan Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17 yang bertempat di Dataran Cemerlang SMK Seri Tasik. Pemilihan calon adalah berdasarkan undian daripada barisan para guru . Seramai 15 orang pengawas tingkatan 4 telah disaring untuk dipilih menjadi  3 calon akhir Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SMK Seri Tasik bagi sesi 2016/17.


Pengawas Tingkatan 4 sedang mempersiapkan diri.
Pengawas Tingkatan 4 sedang mempersiapkan diri.
Sesi Pengenalan Calon Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Afiq.
Barisan Pengawas Perempuan Tingkatan 4 semasa Sesi Penamaan Calon.
Para guru yang sedang membuat undian calon.

Nantikan keputusan Calon Akhir Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar bagi sesi 2016/17...

TENTATIF PEMILIHAN DAN PENGUNDIAN CALON

Majlis Penyerahan Tugas Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas akan berlangsung pada 21 Julai 2016 (Khamis). Ia bakal memperlihatkan pertukaran tugas antara Ketua Pelajar dengan Barisan Exco Lembaga Pengawas 2015/2016 dengan Ketua Pelajar dan Barisan Exco baharu yang dilantik. Lantikan tersebut melalui beberapa saringan sebagaimana tentatif berikut:

13 Jun 2016 :
- Mesyuarat Penyelarasan dan Lantikan Jawatankuasa Pemilhan dan Pengundian Calon.

28 Jun 2016 :
- Sesi Pengenalan dan Penamaan Calon Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar 2016/17.
- Sesi undian guru untuk 3 Calon Akhir Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar.

29 Jun - 1 Julai 2016 :
- Sesi Rakaman Video Pengenalan Calon.

11 Julai - 14 Julai 2016 :
- Edaran Video Pengenalan Calon melalui aplikasi "WhatsApp" dan Blog Rasmi Pengawas.

15 Julai 2016 :
- Hari Memperkenalkan Calon di Tapak Perhimpunan.
- Sesi Pembuangan Undi bagi :
          1. Guru
          2. Pengawas
          3. Murid mengikut kelas
- Sesi Pengiraan Undi.

18 Julai 2016 :
- Temuduga bersama Guru Pengawas.

19 Julai 2016 :
- Temuduga Akhir bersama Barisan Pentadbir.

20 Julai 2016 :
- Raptai

21 Julai 2016 :
- Majlis Penyerahan Tugas.


SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN BUAT SEMUA CALON YANG BERTANDING!





Wednesday 22 June 2016

MAKLUMAN: KEM JATI DIRI PENGAWAS SMK SERI TASIK 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kem Jati Diri Pengawas 2016 dijadualkan berlangsung pada 22 Julai 2016 - 24 Julai 2016 (Jumaat - Ahad).

Para pengawas diminta mengambil perhatian atas makluman mengenai tarikh dan waktu berlangsungnya Kem Jati Diri ini. Diharapkan para pengawas dapat melakukan persiapan yang rapi sebelum mengikuti kem ini.

Ringkasan tarikh Kem Jati Diri Pengawas 2016 sebagaimana berikut :

   • Tarikh  : 22 - 24 Julai 2016.
• Bertolak pergi pada jam 2.30 petang.
• Bertolak balik pada jam 11.00 pagi.

Akhir sekali, nantikan kehadiran kem ini. Pastinya menyeronokkan, bermanfaat dan luar biasa!

Tuesday 21 June 2016

Program Iftar Bersama Pengawas.

Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan program iftar bersama pengawas yang bertempat di Medan Selera, Bandar Seri Permaisuri. Program ini telah berlangsung bermula jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Program iftar ini telah dirancang dan dikendalikan oleh saudara Helmy Hakim selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik.

Program ini bukanlah merupakan program rasmi yang dikendalikan oleh Lembaga Pengawas berdasarkan takwim pada setiap tahun. Namun begitu, iftar ini hanyalah sekadar pengikat tali hubungan silaturahim diantara para pengawas di bulan Ramadhan yang mulia.

Tahun 2016 merupakan kali ke 2 program ini dirangka dan dilaksanakan. Namun, kehadiran penggerak pemimpin pelajar sekolah ini amat menggalakkan. Seramai 30 orang pengawas yang telah menyertai program Iftar pada kali ini.


Nama-Nama Pengawas Yang Hadir:

1. Helmy Hakim
2. Azhar
3. Nizzaka Adyza
4. Ahmad Ridhuan
5. Muhammad Azrul
6. Alif Amirullah
7. Muhammad Amirul
8. Muhammad Harith
9. Syed Danial Imran
10. Izzul Yusuf
11. Faiz
12. Aimeer Haziq
13. Irfan Furqan
14. Faizwan Alif
15. Noor Azizuddin
16. Abdul Rahman
17. Aiman Firdaus
18. Muhammad Hakimi Fitri
19. Rijjal Haiqal
20. Muhd Haqeem
21. Syahdatul Qistina
22. Intan Julia Farhana
23. Siti Najihah
24. Nurul Nadiah
25. Nur Aqilah Amani
26. Nurul Hana
27. Masturah Yusrina
28. Shara
29. Amirah Farzana
30. Nur Liyana














Akhir sekali, diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang dan mendapat sambutan yang meriah daripada semua pengawas.

"Ramadhan is like the rain. It nourishes the seeds of good deeds"

Sunday 5 June 2016

Mabruk Ya Ramadhan.

Pihak Lembaga Pengawas ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini buat seluruh umat Islam. Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna buat kita semua. Happy Ramadhan!