Tuesday 22 November 2022

Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Bagi Sesi 2022/2023

Pada 4 November 2022 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Bagi Sesi 2022/2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Asri bin Alias selaku Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SMK Seri Tasik. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik. Pada hari tersebut juga merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMK Seri Tasik bagi mengetahui keputusan pencalonan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar. 

Tentatif Majlis:
7.30am : Kata alu-aluan pengerusi majlis
7.35am : Bacaan Doa
7.40am : Ucapan Saudari Farah Asmah Binti Bahruddin (KP 2022)
7.45am : Ucapan Saudara Adam Haikal Bin Zaiffor (KP 2023)
7.50am : Gimik Penyerahan Tugas Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
7.55am : Penyerahan sijil Penghargaan kepada ketua dan Penolong Ketua Pengawas 2021/2022
8.00am : Penyerahan sijil watikah Pelantikan ketua dan penolong Pengawas 2022/2023
8.05am : Ucapan Perasmian En. Mohamad Asri bin Alias
8.10am : Gimik Perasmian
8.15am : Majlis Bersurai




En. Nazierul Mubin , Ketua Guru Pengawas

Saudari Farah Asmah , KP 2021/2022

Saudara Adam Haikal , KP 2022/2023
















Akhir Sekali, Tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut. Semoga dengan itu,
dapat mewujudkan satu organisasi pengawas yang  lebih teratur dan lebih mantap.
Sebagai tonggak utama sesebuah organisasi, wajarlah untuk sentiasa bertanggungjawab
dan menunjukkan sikap yang boleh dijadikan contoh bagi ahli lembaga pengawas yang lain.
Terima kasih diucapkan kepada Ketua & Penolong Pengawas Sesi 2021/2022 atas jasa dan
pengorbanan yang diberi sepenuh hati.


"Great Leader Make A Great Follower"