Saturday 23 April 2016

Tahniah Biro Keselamatan Pengawas !

Syabas diucapkan buat Saudara Azhar Jeffriden selaku Ketua Keselamatan Lembaga Pengawas atas usaha gigih anda dan jawatankuasa di bawah seliaan anda !

Hasil kerja daripada Unit Keselematan ini, berjaya :

  1. Membantu meningkatkan kualiti penjagaan aset sekolah
  2. Mentransformasi Bilik Aset Perhimpunan ke arah yang lebih bersistematik
  3. Memudahkan tugasan harian pengawas dan melancarkan program rasmi sekolah.

Kelengkapan Program Halaqah Yaasin dan Al-Kahfi setiap pagi Jumaat

Simpanan kerusi bagi tujuan Perhimpunan dan Acara Rasmi sekolah tersusun rapi

Karpet diikat kemas bagi kegunaan acara pentas

Rostroom dan Bendera bagi Perhimpunan Rasmi

Kesimpulannya, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan perancangan yang teliti dan komitmen para pelaksana yang berdedikasi.

"Make it something that people will remember someday."

Hari Kor Kadet Polis 2016

Pada tarikh 20 April 2016 (Rabu) seramai 5 orang pengawas telah menyertai Hari Kor Kadet Polis yang bertempat di Maktab Polis Cheras. Guru pengiringnya ialah Puan Nurul Ilmi. Majlis ini telah berlangsung dari jam 2.00 petang- 4.30 petang.


Nama Peserta:

1. Nabil Farhan
2. Imran Hakeem
3. Nur Izzati
4. Nurul hannah
5. Nursara Najiha

Tahniah diucapkan kepada pengawas yang telah menyertai majlis Hari Kor Kadet Polis 2016 ini.

"Be brave. Take risks! Nothing can substitute experience." - Paulo Coelho

Friday 22 April 2016

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2016

Pada tanggal 21 Mac 2016 (Isnin), telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah bagi tahun 2016 yang bertempat di Dataran Cemerlang, SMK Seri Tasik. Majlis ini telah berlangsung bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Inspektor Mohd Fezrie Bin Usri.










Diharapkan dengan pelantikan ini, para pengawas akan terus komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta sentiasa bersemangat jitu dalam apa jua situasi yang mendatang. Terus maju ke hadapan. Anda telah membuktikan anda layak bergelar pengawas yang berdedikasi !

"We're the chosen!" 

Majlis Persaraan Pengetua SMK Seri Tasik

Pada 19 April 2016 (Jumaat), telah diadakan Majlis Persaraan Pengetua SMK Seri Tasik, Pn Hajah Siti Liah Bt Che Muda. Majlis ini telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 12.40 pagi yang bertempat di SMK Seri Tasik.

Bagi menjayakan majlis ini, para pengawas telah memberikan komitmen yang mantap sepanjang majlis berlangsung.









Selain itu, terdapat juga beberapa orang pengawas yang telah terlibat dari segi persembahan. Antaranya, persembahan orkestra, syair, tarian dan nyanyian.






Akhir sekali, kami dari pihak Lembaga Pengawas ingin mengucapkan selamat bersara buat puan pengetua yang tercinta iaitu, Pn Hajah Siti Liah Bt Che Muda. Semoga puan bahagia bersama keluarga tersayang di samping mengisi masa-masa terluang dengan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

SELAMAT BERSARA!

Sunday 17 April 2016

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK SERI TASIK

Pada tanggal 16 April 2016 (Sabtu), telah diadakan Sambutan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di SMK Seri Tasik bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Mantan Pengetua SMK Seri Tasik, Pn Hajah Siti Liah Bt Che Muda. Seramai 16 orang pengawas telah berjaya menerima anugerah pada hari tersebut.

Barisan Pengawas Penerima Anugerah Cemerlang.

Antara nama-nama pengawas penerima Anugerah Cemerlang:

Cemerlang SPM

1. Jeevna a/p Sashidharan
2. Nur Izzati Irdina
3. Raja Nathira

Cemerlang PT3

1. Aiman Asyraf
2. Raja Naqiuddeen
3. Amirah Syaffiqah
4. Siti Khairul Zafirah

Cemerlang Tingkatan 4

1. Siti Najihah
2. Aida Ambotud
3. Nur Laili Hafizah
4. Nurazilla

Cemerlang Tingkatan 2

1. Farissa Izati
2. Farah Adibah
3. Ilmann Za'im
4. Fatini Nur Fatihah
5. Fatini Nur Hawa











Sekalung ucapan tahniah kami ucapkan kepada barisan penerima anugerah cemerlang yang telah membuktikan walaupun kita sibuk menguruskan masa dengan amanah sebagai seorang murid dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah, tetapi tetap memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik. Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga anda semua dapat mengekalkan prestasi cemerlang dan terus meningkat menuju ke menara gading.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Di samping itu, terdapat juga barisan pengawas yang turut terlibat dalam menyumbangkan tenaga membantu pihak sekolah dalam menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari tersebut.

Antara Nama Pengawas yang Terlibat;

1. Izzul Yusuf
2. Ahmad Ridhuan
3. Faiz Mazli
4. Faizwan Alif
5. Imran Hakeem
6. Noor Azizuddin
7. Muhammad Azrul
8. Imran
9. Raja Nadhir
10. Hadid



Barisan para pengawas yang telah menyumbangkan tenaga dalam membantu pihak sekolah untuk kelancaran majlis.
Barisan para pengawas yang telah menyumbangkan tenaga dalam membantu pihak sekolah untuk kelancaran majlis.


Selain itu, terdapat juga seramai 9 orang pengawas yang turut membantu pihak sekolah dari segi pengawalan disiplin. Antaranya:

1. Helmy Hakim
2. Nur Aqilah Amani
3. Siti Najihah
4. Nurazilla
5. Nur Izzatie Syafiera
6. Hani Umairah
7. Azhar
8. Amirah Syaffiqah
9. Siti Khairul Zafirah

Seterusnya, seramai 11 orang pengawas turut terlibat dalam menyumbangkan tenaga dari segi persembahan. Antaranya:

1. Nur Laili Hafizzah
2. Nursara Najihah
3. Nur Amelia
4. Norizzati
5. Alif Amirullah
6. Aisah
7. Muhammad Amirul
8. Nur Izzati
9. Amirah Farzana
10. Shara
11. Fahmie Mansur (Nyanyian Tarian Zapin)


Barisan pengawas yang terlibat dari segi persembahan choir.
Barisan pengawas yang terlibat dari segi persembahan choir.

--------------------------------------------------------------------------------------

Akhir sekali, Tahniah diucapkan buat para penerima anugerah cemerlang, tidak terkecuali barisan pengawas yang terlibat dalam menyumbangkan tenaga membantu pihak sekolah pada Majlis Anugerah Cemerlang SMK Seri Tasik. PENGAWAS HEBAT LUAR BIASA!!!

"KEJAYAAN tidak akan datang bergolek tanpa USAHA yang gigih dan KEBERKATAN di dalam kehidupan." -Murobbi UMA

Usrah Qiyadi


Pada 15 April 2016 (Jumaat), telah berlangsunya Usrah Qiyadi yang bertempat di Surau SMK Seri Tasik bermula jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Usrah Qiyadi ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Hafizzah selaku Pen. Ket. Kerohanian. Seramai 24 orang pengawas perempuan telah menghadirkan diri pada sesi usrah kali ini. Guru yang terlibat ialah Ustazah Rosnani. Pada penghujung aktiviti, para pengawas bersama-sama mendirikan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh Ustazah Rosnani. 




Tajuk yang telah dibincangkan ialah Balasan di Akhirat Kepada Pengumpat dan Pencela yang dipetik daripada ayat al-Quran dari surah Al-Humazah. Terdapat pelbagai input-input yang berguna telah dikongsikan. Para pengawas telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap topik yang dibincangkan sepanjang sesi usrah berlangsung. Terdapat juga beberapa soalan yang telah diajukan dan membuatkan sesi usrah kali ini berjalan dengan lebih serius dan menarik.







    
Akhir sekali, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Ustazah Rosnani yang sudi meluangkan masa bersama-sama para pengawas bagi berkongsi sedikit ilmu demi manfaat bersama. Terima kasih juga diucapkan buat para pengawas yang telah menghadirkan diri pada sesi Usrah Qiyadi pada kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan dikongsi kepada rakan-rakan yang lain.


"The Best Selfie Is MUHASABAH" -Nur

Saturday 9 April 2016

TAMRIN SIRI 2 : Bengkel Pemantapan Tugas

Pada 9 April 2016 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh saudara Helmy Hakim selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik juga dibantu oleh Nizzaka Adyza selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan TAMRIN ini. Guru pemantau ialah Ustaz Mohd Afiq Bin Zahari.

Objektif TAMRIN;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Merapatkan lagi hubungan diantara para pengawas.
4. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.
5. Mendisiplinkan para pengawas untuk bertugas dengan lebih berdedikasi.
6. Melahirkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain di dalam sesebuah induk organisasi.
7. Melahirkan perasaan saling melindungi diantara satu sama lain.
8. Menojolkan sifat kepimpinan dalam diri setiap pengawas.

TENTATIF PROGRAM;


8.00 a,m. - 8.30 a.m. : Pendaftaran. (Tindakan :  Nurul Nadiah & Siti Najihah)
8.30 a.m. - 8.45 a.m. : Pengenalan. (Tindakan : Nizzaka Adyza)
8.45 a.m. - 9.00 a,m. : Ice Breaking (Tindakan : Nizzaka Adyza)
9.00 a.m. - 10.30 a.m. : Penerangan Tugas Perhimpunan.
10.30 a.m. - 10.45 a.m. : Aku Kau Kita (Tindakan : Ahmad Ridhuan & Azhar)
10.45 a.m. - 11.10 a.m. : Semut Gila (Tindakan : Pengawas Tingkatan 4)
11.10 a.m. - 11.50 a.m. : Penerangan Tugas Rehat.
11.50 a.m. - 12.10 p.m. : Musical Chair (Tindakan : Faiz Mazli)
12.10 p.m. - 12.25 p.m. : Makan Tengahari.
12.25 p.m. - 12.45 p.m. : Game (Tindakan : Nur Laili Hafizah)
12.45 p.m. - 1.05 p.m. : 3 Fun Games
1.05 p.m. - 1.35 p.m. : Muhasabah Diri (Tindakan ; Nur Aqilah Amani)
1.35 p.m. - 1.50 p.m. : Solat Zohor Berjemaah
1.50 p.m. - 2.00 p.m. : Penutup dan Bersurai











































Syabas diucapkan buat semua staf AJK pelaksana yang begitu komited dalam merealisasikan bengkel ini. Diharapkan objektif TAMRIN kali ini tercapai dan para pengawas dapat mengambil langkah yang pragmatik dalam memperbaiki kelemahan serta memantapkan diri dari segi perlaksanaaan tugas yang diberi. Usah GENTAR, kita HEBAT!!!

"Jangan Buat Sesuatu TANPA BEBANAN, Buat TANPA DISURUH"