Saturday 9 April 2016

TAMRIN SIRI 2 : Bengkel Pemantapan Tugas

Pada 9 April 2016 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh saudara Helmy Hakim selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik juga dibantu oleh Nizzaka Adyza selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan TAMRIN ini. Guru pemantau ialah Ustaz Mohd Afiq Bin Zahari.

Objektif TAMRIN;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Merapatkan lagi hubungan diantara para pengawas.
4. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.
5. Mendisiplinkan para pengawas untuk bertugas dengan lebih berdedikasi.
6. Melahirkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain di dalam sesebuah induk organisasi.
7. Melahirkan perasaan saling melindungi diantara satu sama lain.
8. Menojolkan sifat kepimpinan dalam diri setiap pengawas.

TENTATIF PROGRAM;


8.00 a,m. - 8.30 a.m. : Pendaftaran. (Tindakan :  Nurul Nadiah & Siti Najihah)
8.30 a.m. - 8.45 a.m. : Pengenalan. (Tindakan : Nizzaka Adyza)
8.45 a.m. - 9.00 a,m. : Ice Breaking (Tindakan : Nizzaka Adyza)
9.00 a.m. - 10.30 a.m. : Penerangan Tugas Perhimpunan.
10.30 a.m. - 10.45 a.m. : Aku Kau Kita (Tindakan : Ahmad Ridhuan & Azhar)
10.45 a.m. - 11.10 a.m. : Semut Gila (Tindakan : Pengawas Tingkatan 4)
11.10 a.m. - 11.50 a.m. : Penerangan Tugas Rehat.
11.50 a.m. - 12.10 p.m. : Musical Chair (Tindakan : Faiz Mazli)
12.10 p.m. - 12.25 p.m. : Makan Tengahari.
12.25 p.m. - 12.45 p.m. : Game (Tindakan : Nur Laili Hafizah)
12.45 p.m. - 1.05 p.m. : 3 Fun Games
1.05 p.m. - 1.35 p.m. : Muhasabah Diri (Tindakan ; Nur Aqilah Amani)
1.35 p.m. - 1.50 p.m. : Solat Zohor Berjemaah
1.50 p.m. - 2.00 p.m. : Penutup dan Bersurai











































Syabas diucapkan buat semua staf AJK pelaksana yang begitu komited dalam merealisasikan bengkel ini. Diharapkan objektif TAMRIN kali ini tercapai dan para pengawas dapat mengambil langkah yang pragmatik dalam memperbaiki kelemahan serta memantapkan diri dari segi perlaksanaaan tugas yang diberi. Usah GENTAR, kita HEBAT!!!

"Jangan Buat Sesuatu TANPA BEBANAN, Buat TANPA DISURUH"

No comments: