Saturday 9 April 2016

Usrah Qiyadi

Pada 8 April 2016 (Jumaat), telah berlangsung sesi Usrah Qiyadi yang bertempat di Surau  SMK Seri Tasik bermula jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Usrah Qiyadi ini telah dikendalikan oleh saudari Nurul Hafizzah selaku Pen. Ket. Kerohanian. Seramai 21 orang pengawas perempuan telah menghandirkan diri pada sesi usrah kali ini. Guru yang terlibat ialah Pn. Rohana.

Tajuk yang telah dibincangkan ialah Cara-Cara Untuk Menangani Perasaan Malas. Terdapat pelbagai input-input yang berguna telah dikongsikan. Para pengawas juga kelihatan begitu bersemangat sepanjang sesi usrah berlangsung.








Diharapkan segala input positif yang telah dikongsikan dapat meresap dalam diri para pengawas sekaligus mempratikkannya ke arah yang berkesan.

"Perasaan MALAS adalah RACUN yang bertapa di dalam diri."

No comments: