Monday 4 April 2016

Dari Meja Murobbi

Usah Bertanya 'Mengapa' Sebelum Anda Melakukan 'Apa' !

Assalamualaykum anak-anak pengawasku sekalian,

Sedarlah, anda adalah insan TERPILIH bagi menerajui kepimpinan murid di sekolah. Setiap mata pasti memandang ke arah GERAK GERI dan PERILAKU anda. Malangnya, mata-mata tersebut lebih cenderung melihat SISI NEGATIF yang ada pada diri anda. 

Ketahuilah, berpijaknya kaki anda di dalam Keluarga Pengawas adalah bertujuan membentuk jatidiri anda ke arah yang lebih POSITIF. Umum menyedari bahawa setiap manusia tidaklah sempurna. Namun, salahkah kita untuk belajar jadi lebih sempurna?. 

Banyak mulut yang berbicara tentang 'Mengapa' pada sisi NEGATIF, tetapi berapa ramai yang mampu melakukan 'Apa' untuk sisi POSITIF. 

Oleh yang demikian, gunakanlah persahabatan dan ukhwah yang terjalin dalam Keluarga Pengawas untuk sama-sama kita menuju ke arah yang lebih POSITIF bersama insan-insan yang ingin melakukan 'Apa' untuk sisi POSITIF.

Biarkan mulut itu terus berbicara kerana mereka hanya mampu bertanya 'Mengapa' sedangkan 'Apa' pun tiada !

Salam Sayang daripada Ketua Guru Pengawas.

No comments: