Thursday 7 April 2016

Dari Meja Murobbi

Buatlah Kerana Hati, Bukan Kerana Menjaga Hati

Assalamualaykum anak-anak HEROku yang diingati.

Tugasan pengawas sememangnya mencabar dan penuh dengan saat-saat kepahitan. Label seperti 'Kuli Cikgu', 'Hamba', 'Orang Suruhan', 'Macai' dan sebagainya sangat sebati buat insan bergelar Pengawas.

Namun, anak-anak pengawasku yang dikasihi, percayalah setiap keringat yang anda curahkan pasti dibalas dengan pelbagai bentuk kebaikan. Usah lemah saat anda diperli, usah goyang saat anda dibuli, usah mengeluh saat anda diuji dan usah selesa saat anda dipuji. 

Ikhlaskanlah setiap tugas yang anda jalankan, patuhilah segala arahan dan tugasan, berbincanglah dengan hikmah andai berlaku kekhilafan, dahulukanlah kemaafan, semaikan sifat ambil tahu daripada terus mencetus ragu-ragu. Bukankah kita satu keluarga, saling melengkapi antara satu sama lain. 

Usah jadi orang yang hanya pandai menghargai saat tiada, waktu ada umpama tiada !

Justeru, nikmatilah saat-saat indah ini, andai tugas dilaksana dari hati, pasti akan terukir senyuman di bibir, andai tugas hanya untuk menjaga hati, pasti menambah titik noda dalam diri.

Salam sayang daripada Ketua Guru Pengawas.

No comments: