Saturday 30 January 2016

PENYERAHAN TANDA NAMA BAHARU LEMBAGA PENGAWAS

Penyerahan tanda nama baharu ini telah dijalankan di Bilik Pengawas SMK Seri Tasik dan dikendalikan oleh saudari Laili Nur Hafizah selaku Ketua Biro Kebajikan LPS.










Semoga dengan penyerahan tanda nama baharu ini akan menyuntik semangat para pengawas untuk bertugas dengan lebih kemas dan berdedikasi.

"PENAMPILAN CERMINAN PERIBADI DAN AKHLAK"


Friday 29 January 2016

MAKLUMAN PERTUKARAN JADUAL WAKTU BERTUGAS KOKURIKULUM

Untuk pengetahuan semua pengawas, jadual bertugas kokurikulum masih kekal sama seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Akan tetapi, terdapat sedikit pertukaran dari segi waktu bertugas bermula dari 2 Februari 2016.

Waktu Bertugas Baru;

1. Kumpulan 2 (Pengawas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)

Waktu mula bertugas dari jam 2.00 petang - 2.30 petang.


2. Kumpulan 1 (Pengawas Tingkatan 2 dan Tingkatan 4)

Waktu mula bertugas dari jam 2.30 petang - 3.00 petang.



Diharapkan pertukaran dari segi waktu bertugas kokurikulum ini akan memantapkan lagi tugasan para pengawas disamping memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang teratur sekaligus membantu para pengawas agar bijak membahagikan masa dengan sebaiknya.

SELAMAT BERTUGAS!

" THE ONLY WAY TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO" - Steve Jobs.

PROJEK BUMI HIJAU LEMBAGA PENGAWAS

Pada 29 Januari 2016 (Jumaat), dan 31 Januari 2016 (Ahad), Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan Projek Bumi Hijau di sekitar Laman Pengawas. Projek ini telah diketuai oleh saudara Nizzaka Adizza selaku Ketua Biro Latihan. Projek ini telah berlangsung dari jam 2.30 - 6.00 petang. Guru pemantau ialah En. Mohd Afiq, dan Pn. Julaidah.

Pengawas yang terlibat :

1. Nizzaka Adizza
2. Izul Yusuf
3. Hakimi Fitri
4. Aiman Iqmal
5. Syed Danial
6. Rijal Haiqal
7. Faizwan Alif














Terima kasih diucapkan kepada para pengawas yang telah melibatkan diri secara suka rela bagi melestarikan projek ini dengan jayanya.

"Speending Time In Nature Is Healing Energy"


PROGRAM SARINGAN AKADEMI PENGAWAS (SAP)

Pada 26 Januari 2016 (Selasa), pihak Lembaga Pengawas di bawah Unit Biro Latihan telah mengadakan Program Saringan Akademi Pengawas (SAP) yang bertempat di Belakang Blok D, SMK Seri Tasik. Program ini telah diketuai oleh saudara Nizzaka Adizza selaku Ketua Biro Latihan LPS juga dibantu oleh beberapa orang AMT yang terlibat. Program ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang - 4.00 petang. Guru pemantau ialah En. Mohd Afiq dan Cik Wan Nah.














Taniah diucapkan kepada para peserta yang telah tepilih untuk melanjutkan diri ke peringkat yang seterusnya. Tak usah malu untuk melangkah ke hadapan demi menempuh pelbagai cabaran yang mendatang kerana sesungguhnya manusia yang hebat itu adalah manusia yang sentiasa bersedia!

"ANYTHING'S POSSIBLE IF YOU'VE GOT ENOUGH NERVE" - J.K. Rowling

Sunday 17 January 2016

Program Mentor Mentee Pengawas 2016

Pada tarikh 14 Januari 2016 (Khamis), Biro Akademik Lembaga Pengawas yang diketuai oleh Helmy Hakim dan penolongnya, Nur Azilah telah menjalankan sebuah kelas akademik bagi pengawas tingkatan 2 sesi 2016 yang bertempat di bilik pengawas, SMK Seri Tasik. Kelas akademik ini telah berlangsung selama satu jam iaitu dari jam 2:30pm sehingga 3:30pm. Subjek yang difokuskan bagi kelas ini ialah subjek Matematik. 

Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 orang guru dari kalangan para pengawas iaitu Aishah dan Hakimi yang diamanahkan untuk membimbing rakan-rakan yang lain sewaktu kelas akademik ini berlangsung. Manakala pelajar-pelajarnya pula ialah Syeikh, Farhan, Faizwan, Farissa, Raja Nasiheen, dan Ian Diny.





Diharapkan program mentor mentee ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengawas meningkatkan prestasi masing-masing di dalam akademik. 

"PRACTICE MAKES PERFECT. FIGHTING!"

Saturday 16 January 2016

BENGKEL PEMANTAPAN TUGAS SIRI 1/ 2016

Pada 16 Januari 2016 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan Bengkel Pemantapan Tugas yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh saudara Helmy Hakim selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik juga dibantu oleh Nizzaka Adizza selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Guru pemantau ialah Ustaz Mohd Afiq Bin Zahari dan Pn. Hasniyati Binti Resat.

Objektif Bengkel;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Merapatkan lagi hubungan diantara para pengawas.
4. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.
5. Mendisiplinkan para pengawas untuk bertugas dengan lebih berdedikasi.

TENTATIF PROGRAM;

8.30 - 9.00 : Pendaftaran
9.00 - 9.30 : Pengenalan
9.30 - 10.00 : Game 1
10.00 - 10.40 : Bengkel 1 (Penerangan Tugas Perhimpunan)
10.40 - 10.55 : Rehat dan Makan
10.55 - 11.25 : Game 2
11.25 - 11.45 :Bengkel 2 (Penerangan Terminal)
11.45 - 12.20 : Bengkel 3 (Penerangan Tugas Rehat)
12.20 - 12.45 : Game 3
12.45 - 1.00 : Ceramah
1.00 - 1.25 : Solat, Rehat dan Makan
1.25 - 1.40 : Game 4
1.40 - 2.00 : Penutup




































































































Syabas buat semua staf AJK pelaksana yang begitu komited dalam merialisasikan bengkel ini. 

"SELAGI MANA KAKI MAMPU MELANGKAH, SELAMA ITU ILMU WAJIB DICURAH"