Sunday 17 January 2016

Program Mentor Mentee Pengawas 2016

Pada tarikh 14 Januari 2016 (Khamis), Biro Akademik Lembaga Pengawas yang diketuai oleh Helmy Hakim dan penolongnya, Nur Azilah telah menjalankan sebuah kelas akademik bagi pengawas tingkatan 2 sesi 2016 yang bertempat di bilik pengawas, SMK Seri Tasik. Kelas akademik ini telah berlangsung selama satu jam iaitu dari jam 2:30pm sehingga 3:30pm. Subjek yang difokuskan bagi kelas ini ialah subjek Matematik. 

Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 orang guru dari kalangan para pengawas iaitu Aishah dan Hakimi yang diamanahkan untuk membimbing rakan-rakan yang lain sewaktu kelas akademik ini berlangsung. Manakala pelajar-pelajarnya pula ialah Syeikh, Farhan, Faizwan, Farissa, Raja Nasiheen, dan Ian Diny.





Diharapkan program mentor mentee ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengawas meningkatkan prestasi masing-masing di dalam akademik. 

"PRACTICE MAKES PERFECT. FIGHTING!"

1 comment:

Unknown said...

Moga ilmu yg dikongsi dpt menambahkan kefahaman diri dan ilmu yg diperolehi dpt meningkatkan prestasi. Tahniah anak² ku...