Tuesday 12 January 2016

Ringkasan Takwim Tahunan Lembaga Pengawas 2016

Pada tahun ini, pihak Lembaga Pengawas telah merancang beberapa program dan aktiviti wajib bagi para pengawas SMK Seri Tasik. Ia bertujuan untuk menyediakan para pengawas yang berjiwa kental, berketrampilan, berkemahiran dan berwawasan jauh. Pihak Lembaga Pengawas pada tahun ini, memfokuskan kepada aspek pembinaan jatidiri dan penonjolan bakat kepimpinan. 

Berikut adalah senarai program dan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini :

1. Mesyuarat Agung Lembaga Pengawas 2016 : 4 Januari 2016

2. Hari Keluarga Pengawas 2016 : 27 Mei - 28 Mei 2016

3. Kem Kepimpinan Pengawas 2016 : 1 April - 3 April 2016

4. Kem Jatidiri Pengawas 2016 : 22 - 24 Julai 2016

5. Majlis Pelantikan Pengawas 2016 : 4 April 2016

6. Majlis Penyerahan Tugas Ahli Majlis Tertinggi 2016/2017 : 21 Julai 2016

7. Program Akademi Pengawas (AP) Siri I 2016 : 3 Februari - 4 April 2016

8. Program Akademi Pengawas (AP) Siri II 2016 : 21 September - 25 November 2016 

9. Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas 2016 : 12 November 2016

Diharapkan segala program yang dirancang mampu memberi manfaat yang besar dalam diri para pengawas. Secara tidak langsung, memberi suntikan motivasi ke arah kemenjadian murid berjiwa pemimpin unggul. 

Sekian, terima kasih.

Ketua Guru Pengawas
12 Januari 2016

No comments: