Wednesday 20 May 2015

Hari Sukan Sekolah 2015


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para petugas yang setia berkhidmat pada Hari Sukan SMK Seri Tasik yang berlangsung pada 20 Mei 2015 (Rabu).

Kesemua petugas adalah merupakan Ahli Lembaga Pengawas Sekolah yang bertugas di bawah Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan Program.  

Mereka yang terlibat dalam unit ini seramai 10 orang, iaitu: Izzul Yusuf (T2), Imran Hakim (T3), Ahmad Ridhuan (T3), Muhd Faiz (T2), Raja Naqiuddin (T3), Nizzaka Adyza (T4), Muhd Azhar (T4), Muhd Haziq (T4), Helmy Hakim (T4) dan Muhd Idil (T3). 

Alhamdulillah, tahap disiplin murid terkawal dan berada pada tahap memuaskan. Good Job !  

"Kami Bangga Menjadi Pengawas, Kami Bersedia Untuk Bertugas"

Monday 18 May 2015

Program Bakti Alumni Pengawas 2015

Program Bakti Alumni Pengawas 2015 telah dikendalikan untuk kali kedua pada 16 Mei yang lalu.

TENTATIF PROGRAM BAKTI ALUMNI PENGAWAS

0900-0930 : Pendaftaran
0930-1000 : Flashback program pertama
1000-1100 : Ceramah 1: Personaliti
1100-1200 : Modul Pembelajaran : The Blind
1200-1300 : Ceramah 2 : Membina karakter
1300-1400 : Rehat
1400-1500 : Modul Fizikal : One for all, all for one
1500-1630 : Slot Disiplin
1630-1700 :Solat/Bersurai

Berikut merupakan selingan daripada program kedua pada hari tersebut:-




 Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan kepada para pengawas dapat dipraktikkan ketika menjalankan tugas di sekolah.

Saturday 9 May 2015

Program Bakti Alumni Pengawas 2015

Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) telah diadakan Program Bakti Alumni Pengawas bertempat di SMK Seri Tasik. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Mantan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)  2013/2014 serta bantuan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2014/2015 di bawah bimbingan Guru Penasihat dan Pengarah program. Program ini berlangsung pada 9 Mei (Sabtu) iaitu program pertama dan disusuli program kedua pada 16 Mei (Sabtu) dan program ketiga yang diadakan selama 2 hari 1 malam pada 22 Mei (Jumaat) dan 23 Mei (Sabtu)


Objektif Program Bakti Alumni Pengawas 2015 diadakan :-

  • Dapat meningkatkan keyakinan diri para pengawas apabila bergelar Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
  • Dapat mengikis sifat malu dalam menjalankan tugas di sekolah.
  • Dapat meningkatkan komunikasi antara para pengawas.
  • Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para pengawas.

TENTATIF PROGRAM BAKTI ALUMNI PENGAWAS


Program pertama 9 Mei 2015

0900-0930 : Pendaftaran
0930-1000 : Majlis Pembukaan
1000-1030 : Game Fun
1030-1100 : Rehat
1100-1200 : Ice breaking
1200-1300 : Ceramah Kesedaran
1300-1400 : Rehat/Solat/Makan
1400-1500 : Modul Pembelajaran: The Thinker
1500-1630 : Slot Disiplin
1630-1700 : Solat/Bersurai


Perbincangan bersama Fasilitator part I

Perbincangan bersama Fasilitator part II

Perbincangan di dalam kumpulan

Modul Pembelajaran: The Thinker

Ahli Kumpulan sedang menyusun strategi bagi modul pembelajaran

Semoga Program Bakti Alumni Pengawas 2015 ini dapat memberi sedikit input dan idea serta pembelajaran kepada para pengawas yang bakal memegang jawatan dalam organisasi lembaga pengawas akan datang.