Wednesday 12 August 2015

Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2015 (KKPI 2015)

Pada 08 Ogos 2015 (Jumaat) 9 orang pengawas daripada tingkatan 4  telah terlibat dengan Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2015 anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Kem tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu pada 08 Ogos 2015 (Jumaat) sehingga 10 Ogos 2015 (Ahad) di Kompleks Sukan Rakan Muda, Klang, Selangor.

Pengawas yang terlibat :

1. Siti Najihah bt Azahari
2. Nurul Nadiah bt Sharif
3. Nur Aqilah Amani bt Zulkarnal
4. Norizzati bt Mohd Rodzi
5. Helmy Hakim b. Zulqurnain
6. Azhar b. Jeffrideen
7. Aida bt Ambotud
8. Nizzaka Adyza b. Marwadi

Kami diajar oleh para fasilitator di sana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Bukan itu sahaja, kami juga telah berkongsi beberapa masalah yang kami hadapi semasa di sekolah untuk dibincangkan bersama pelajar daripada sekolah lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.





Pertandingan Drama

3 orang pengawas telah terlibat dengan pertandingan drama yang diadakan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada pengawas yang terlibat kerana telah berjaya mendapat tempat yang ke-9.

 Semoga kejayaan ini dapat ditingkatkan lagi dan semoga para pengawas dapat melibatkan diri dalam pertandingan seperti ini.

Pengawas yang terlibat dalam pertandingan drama pada tahun ini ialah Siti Najihah, Nur Aqilah Amani (Penolong Ketua Pengawas) dan Helmy Hakim (Ketua Pengawas).











Saturday 1 August 2015

Bengkel Pemantapan Tugas Pengawas

Pada 1 Ogos 2015 , AMT 2015/2016 yang merupakan tenaga pengajar telah mengadakan bengkel pemantapan tugas bagi semua pengawas .

TENTATIF BENGKEL PEMANTAPAN TUGAS PENGAWAS

9:00 - 9:30 - Pendaftaran
9:30 - 10:00 - Aktiviti Senamrobik ( yang diketuai oleh Nur Laili Hafizah )
10:00 - 11:30 - Latihan tentang tugas perhimpunan
11:30 - 12:00 - Latihan tentang terminal pelajar
12:00 - 12:30 - Rehat
12:30 - 2:00 - Latihan tentang tugas rehat

Berikut merupakan selingan daripada bengkel tersebut :-









Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan dapat dipratikkan oleh semua pengawas ketika menjalankan tugas di sekolah .