Tuesday 22 November 2022

Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Bagi Sesi 2022/2023

Pada 4 November 2022 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tugas dan Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Bagi Sesi 2022/2023. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Asri bin Alias selaku Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SMK Seri Tasik. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik. Pada hari tersebut juga merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMK Seri Tasik bagi mengetahui keputusan pencalonan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar. 

Tentatif Majlis:
7.30am : Kata alu-aluan pengerusi majlis
7.35am : Bacaan Doa
7.40am : Ucapan Saudari Farah Asmah Binti Bahruddin (KP 2022)
7.45am : Ucapan Saudara Adam Haikal Bin Zaiffor (KP 2023)
7.50am : Gimik Penyerahan Tugas Ketua dan Penolong Ketua Pengawas
7.55am : Penyerahan sijil Penghargaan kepada ketua dan Penolong Ketua Pengawas 2021/2022
8.00am : Penyerahan sijil watikah Pelantikan ketua dan penolong Pengawas 2022/2023
8.05am : Ucapan Perasmian En. Mohamad Asri bin Alias
8.10am : Gimik Perasmian
8.15am : Majlis Bersurai




En. Nazierul Mubin , Ketua Guru Pengawas

Saudari Farah Asmah , KP 2021/2022

Saudara Adam Haikal , KP 2022/2023
















Akhir Sekali, Tahniah diucapkan atas pelantikan tersebut. Semoga dengan itu,
dapat mewujudkan satu organisasi pengawas yang  lebih teratur dan lebih mantap.
Sebagai tonggak utama sesebuah organisasi, wajarlah untuk sentiasa bertanggungjawab
dan menunjukkan sikap yang boleh dijadikan contoh bagi ahli lembaga pengawas yang lain.
Terima kasih diucapkan kepada Ketua & Penolong Pengawas Sesi 2021/2022 atas jasa dan
pengorbanan yang diberi sepenuh hati.


"Great Leader Make A Great Follower"



Sunday 9 October 2022

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2022

Pada 8 Oktober 2022 (Sabtu), telah berlansungnya program Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 dari jam 6.30 pagi hingga 2.00 yang bertempat di Padang Semarak, Taman Wetland, WP Putrajaya. Seramai 18 orang Ahli lembaga Pengawas yang telah menghadiri program pada kali ini. Program ini turut dihadiri Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin. Selain itu, program ini dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Encik Nazierul Mubin Bin Mohd Daud dan guru-guru lain.










Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin



















































































Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada para pengawas yang hadir
memeriahkan program hari sukan negara 2022. Diharapkan agar pengalaman ini akan
mengukir seribu satu senyuman di wajah setiap pengawas.



" Focus on the good things and forget the rest.

Live each day like there's nothing to lose.

 Just enjoy where you are right now"