Tuesday 7 January 2020

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Kali Pertama Bagi Tahun 2020

Pada tarikh 8 Januari 2020 (Rabu), telah berlangsungnya Mesyuarat AMT Pengawas kali pertama bagi tahun 2020.Mesyuarat ini diadakan di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 11 orang AMT telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Encik Nazierul Mubin Bin Mohd Daud

Objektif Mesyuarat AMT kali Pertama bagi tahun 2020
  • Membentangkan laporan daripada setiap biro.
  • Membincangkan isu-isu terkini dalam organisasi Lembaga Pengawas untuk diambil tindakan.     

Tentatif Program:
- Ucapan Pengerusi Majlis 
- Ucapan Ketua Pengawas
-Ucapan Ketua Guru Pengawas
-Pelantikan AMT Ketua Dan Penolong
-Penerangan Skop Tugas
-Bersurai 



Akhir sekali, diharapkan segala intipati mesyuarat AMT pada kali ini dapat diambil serius oleh setiap biro dan seterusnya mampu memantapkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih positif. Pengawas hebat, luar biasa!

"Our intention creates our reality."- Wayne Dyer.



Orientasi Tingkatan 1

Pada tanggal 8 Januari 2020, SMK Seri Tasik telah mengadakan Hari Orientasi bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2020. Seramai 11 orang pengawas Tingkatan 5 telah melibatkan diri dalam membantu menjayakan program ini. Dalam program ini juga terdapat beberapa permainan yang telah dianjurkan oleh pelajar Tingkatan 5 untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan pelajar Tingkatan 1

Objektif Program ini ialah :

- memperkenalkan barisan AMT dan pengawas Tingkatan 5 kepada para pelajar Tingkatan 1.
- mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengawas Tingkatan 5 dan juga pelajar Tingkatan1.



Ucapan daripada Ketua Guru Pengawas Encik Nazierul


Barisan AMT



Pengacara Majlis Saudara Hakeem


Permainan telefon karat dengan pelajar Tingkatan1





Syabas kepada Barisan AMT yang telah turut melibatkan diri serta berjaya melancarkan program ini.

MEMORI-MEMORI INDAH BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 1










-TEAM WORK MATTERS-









Wednesday 1 January 2020

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI TAHUN 2020!!



Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah Bagi Tahun 2020!!

Semoga berjaya pada tahun ini

Goodluck!