Tuesday 7 January 2020

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Kali Pertama Bagi Tahun 2020

Pada tarikh 8 Januari 2020 (Rabu), telah berlangsungnya Mesyuarat AMT Pengawas kali pertama bagi tahun 2020.Mesyuarat ini diadakan di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 11 orang AMT telah menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas, Encik Nazierul Mubin Bin Mohd Daud

Objektif Mesyuarat AMT kali Pertama bagi tahun 2020
  • Membentangkan laporan daripada setiap biro.
  • Membincangkan isu-isu terkini dalam organisasi Lembaga Pengawas untuk diambil tindakan.     

Tentatif Program:
- Ucapan Pengerusi Majlis 
- Ucapan Ketua Pengawas
-Ucapan Ketua Guru Pengawas
-Pelantikan AMT Ketua Dan Penolong
-Penerangan Skop Tugas
-Bersurai 



Akhir sekali, diharapkan segala intipati mesyuarat AMT pada kali ini dapat diambil serius oleh setiap biro dan seterusnya mampu memantapkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih positif. Pengawas hebat, luar biasa!

"Our intention creates our reality."- Wayne Dyer.



No comments: