Tuesday 11 March 2014

SISTEM MERIT DAN DEMERIT LPS

SISTEM MERIT DAN DEMERIT
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS)
SMK SERI TASIK

KAEDAH PERLAKSANAAN

1.     Pengawas akan diberi skor permulaan sebanyak 100.

2.     Skor akan ditambah bagi kelakuan terpuji mengikut jadual skor yang diiktiraf oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

3.     Skor akan ditolak bagi sebarang salah laku juga mengikut  jadual skor

4.     Setiap salah laku akan diteliti dan perlu mempunyai bukti yang sah.

Friday 7 March 2014

HUBUNGI KAMI

LEMBAGA PENGAWAS
SMK SERI TASIK
JALAN 6/106, BANDAR SERI PERMAISURI
CHERAS 56000 KUALA LUMPUR

Email : lpssmkseritasikkl@gmail.com
No. Telefon : 03-91726824





Thursday 6 March 2014

Lagu Pengawas SMK Seri Tasik

Tajuk : Biru Menyala



Biru Menyala Slogan Kami
Teguh Berdiri Nilaian Murni
Setia Berbakti Warga Berbudi
Kepada Sekolah Yang Dicintai

Kami Pengawas SMK Seri Tasik
Duta Terpilih Warga Pendidik
Wawasan Kami Disiplin Terpuji
Maruah Sekolah Didukung Tinggi

Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Ambil Yang Jernih Buang Yang Keruh
Bersama Melangkah Kehadapan
Falsafah Dalam Kepimpinan

Kami Berjanji Jujur dan Amanah
Berintegriti dan Istiqomah

Sifar Kesalahan Jadi Amalan
Melonjak Seri Tasik Cemerlang (2x)


Lirik & Lagu : Mohd Afiq bin Zahari
Susunan Muzik : Muhammad Nabil bin Anuar

Wednesday 5 March 2014

HURAIAN TUGAS LPS

HURAIAN TUGAS
AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

1.     PERHIMPUNAN

1.1.   BARISAN MURID

1.1.1.             Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam 7.10 pagi
1.1.2.             Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap
1.1.3.             Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi amaran
1.1.4.             Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan duduk
1.1.5.             Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing
1.1.6.             Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang ditetapkan.
1.1.7.             Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran tersebut minta bantuan pengawas senior atau Guru Disiplin
1.1.8.             Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat kerja sekolah semasa dalam perhimpunan
1.1.9.             Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.
1.1.10.           Pengawas bertugas perlu membawa keluar murid yang tidak menepati etika pemakaian harian yang ditetapkan sekolah.
1.1.11.           Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas. Sekiranya murid ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya ATAU bawa keluar murid ke kawasan salahlaku disiplin.

1.2.   KANTIN

1.2.1.             Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan kantin menuju ke tapak perhimpunan.
1.2.2.             Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di laluan kantin untuk menutup laluan

1.3.   PENTAS

1.3.1.             Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
1.3.2.             Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi
1.3.3.             Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika ahli bertugas tidak hadir
1.3.4.             Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah siap sedia:

Bil.
Tugas
Catatan
1.
Pengacara Majlis
Bersedia awal dan kenalpasti guru bertugas
Jam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid duduk di perhimpunan
Ketua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan sebelum diserahkan semula kepada guru bertugas
Pastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan perhimpunan
Arahkan pengawas mengawal barisan murid

2.
PA Sistem
Siap dipasang oleh AJK PA Sistem

3.
Doa
Pengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan teks
Membaca dengan jelas dan penuh penghayatan

4.
Ikrar
Ketua Pengawas akan memimpin bacaan
Membaca dengan suara yang jelas dan lantang

5.
Bendera
Pengawas yang bertugas perlu bersedia awal
Berdiri tegak semasa menaikkan bendera

6.
Kerusi
Diketuai oleh Ketua Biro Keselamatan / Aset
Memastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan kerusi selesa

7.
Rondaan
Dilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau ikrar
Dua orang pengawas diperlukan


1.4.   PAGAR

1.4.1. Pengawas pencatat kehadiran perlu berada di pagar selewat-lewatnya jam 7.10 pagi
1.4.2. Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu berada di tempat tersebut             selewat-lewatnya jam 7.10 pagi
1.4.3.             Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan sewaktu datang dan balik dari sekolah
1.4.4.             Murid lewat 7.20 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan diisi dalam buku Daftar Datang Lewat Murid.
1.4.5.             SLIP LEWAT murid perlu diisi mengikut jumlah lewat; 5 kali / 8 kali / 10 kali / 13 / 15 / 18 kali.
1.4.6.             Pengawas bertugas perlu meneliti maklumat lewat yang diisi murid agar tidak berlaku penipuan.
1.4.7.             Murid lewat 8.00 pagi perlu dibawa terus kepada PK HEM untuk tindakan.
1.4.8.             Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan dan berdiri sebaris di hadapan Bengkel Kayu dan Logam.
1.4.9.             Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT, pengawas perlu pastikan murid dalam keadaan yang teratur.
1.4.10.           Pengawas bertugas perlu menahan pengawas lewat murid daripada bertugas dan diserahkan kepada Ketua Disiplin LPS untuk tindakan.
1.4.11.           Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai, sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat semula.

1.5.   TERMINAL

1.5.1.             Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas perlu bergerak pantas membentuk terminal.
1.5.2.             Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda nama, tali pinggang, baju di dalam, kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan yang tidak dibenarkan, tidak masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak tudung warna selain putih,rambut panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.
1.5.3.             Pastikan ada seorang pengawal pesalah dan seorang pengurus barisan murid yang berkenaan.
1.5.4.             Bawa murid-murid berkenaan ke tempat Salah Laku Disiplin untuk tindakan / kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas (sekiranya perlu).

1.6.   SALAH LAKU MURID

1.6.1.             Pengawas bertugas perlu berada di tapak Salah Laku dan Lewat Murid selewat-lewatnya jam 7.15 pagi.
1.6.2.             Murid Salah Laku dan Lewat perlu dibariskan di tempat masing-masing dengan teratur dalam keadaan berdiri.
1.6.3.             Beg-beg murid lewat perlu diletakkan di kawasan khas dan pengawas yang bertugas perlu memeriksa rapi kandungan beg tersebut.
1.6.4.             Murid lewat perlu diasingkan mengikut jumlah lewat untuk memudahkan tindakan.
1.6.5.             Pengawas bertugas diminta memasukkan data Salah Laku dalam buku Daftar Salah Laku Murid dengan kemas.
1.6.6.             Pengawas bertugas perlu berhati-hati ketika memasukkan nama murid agar tidak berlaku penipuan.
1.6.7.             Pengawas bertugas perlu menjalankan denda sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah. (Kecuali terdapat kes-kes tertentu).
1.6.8.             SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua Guru Disiplin sahaja.

2.     WAKTU REHAT

2.1.   KAWASAN BLOK

2.1.1.         Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas
2.1.2.             Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan keluar. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.1.3.             Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.
2.1.4.             Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan semasa bertugas.
2.1.5.             Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau, koridor bangunan sekolah, pondok berhadapan bilik Aset dan pentas dataran.


2.2.   TANGGA

2.2.1.             Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang waktu rehat
2.2.2.             Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan tidak bising
2.2.3.             Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas selagi loceng tamat rehat masih belum dibunyikan.
2.2.4.             Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.2.5.             Halang murid daripada menaiki / melalui tangga sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

2.3.   KANTIN

2.3.1.             Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
2.3.2.             Memastikan semua murid meninggalkan kantin sebelum loceng tamat rehat berbunyi.
2.3.3.             Pengawas terlibat perlu menggesa murid supaya menghabiskan makanan dengan kadar segera 5 minit sebelum loceng dibunyikan.
2.3.4.             Memastikan murid membuat barisan ketika ingin membuat pembelian makanan.
2.3.5.             Memastikan tiada murid yang meninggalkan kantin dengan membawa makanan atau minuman.
2.3.6.             Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan meninggalkan kantin, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

2.4.   TANDAS

2.4.1.             Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok
2.4.2.             Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang berada di dalam tandas
2.4.3.             Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng tamat rehat berbunyi.
2.4.4.             Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng berbunyi.
2.4.5.             Memastikan tiada murid yang masuk ke tandas selepas waktu rehat kecuali mempunyai pas tandas guru.
2.4.6.             Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam tandas sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

2.5.   SURAU

2.5.1.             Membuat rondaan di kawasan surau
2.5.2.             Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di kawasan surau
2.5.3.             Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di kawasan surau sepanjang masa rehat.
2.5.4.             Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

2.6.   DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS

2.6.1.             Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di kawasan ini semasa rehat.
2.6.2.             Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.
2.6.3.             Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng berbunyi.
2.6.4.             Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.
2.6.5.             Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPS

Tuesday 4 March 2014

BIDANG TUGAS AMT LPS

BIDANG TUGAS
AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA BIRO LPS


1.            KETUA PELAJAR / PENGAWAS

1.1.         Menjadi ketua kepada semua murid di sekolah
1.2.         Bertanggungjawab menjaga disiplin murid dan pengawas.
1.3.         Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah sekurang-kurangnya sekali sebulan
1.4.         Memastikan pengawas menjalankan tugas yang dijadualkan, termasuk menguruskan murid setiap pagi sebelum diserahkan kepada guru bertugas
1.5.         Membaca dan menerangkan kepada pengawas tentang Perlembagaan LPS.
1.6.         Menyediakan jadual tugasan waktu perhimpunan dan rehat setiap 2 minggu sekali.

2.            PENOLONG KETUA PENGAWAS

2.1.         Menolong ketua pengawas menjalankan tugas-tugasnya
2.2.         Memangku tugas Ketua Pengawas sekiranya ketua pengawas tidak hadir
2.3.         Mengendalikan perhimpunan pada setiap pagi secara bergilir-gilir dengan ketua pengawas

3.            SETIAUSAHA 1 DAN 2

3.1.         Memastikan semua pengawas yang telah dilantik menganggotai LPS mengisi borang keahlian.
3.2.         Menyediakan jadual tugas bagi Lembaga Pengawas bersama Ketua dan Penolong Ketua Pengawas.
3.3.         Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran serta menyerahkan 1 salinan kepada guru penasihat LPS bagi pengesahan
3.4.         Memastikan semua rekod pentadbiran pengawas difailkan dengan sistematik
3.5.         Memantau dan memastikan fail-fail setiap biro sentiasa kemas, berisi dan berada di rak Bilik Gerakan LPS
3.6.         Memastikan semua pengawas telah mengisi Borang Maklumat Pengawas untuk dimasukkan ke dalam Fail ALUMNI.
3.7.         Mengeluarkan surat Amaran, Gantung dan Lucut Jawatan pengawas mengikut arahan Guru Penasihat LPS.

4.            BENDAHARI

4.1.         Bertindak sebagai pengurus kewangan LPS dengan pemantauan dan persetujuan guru penasihat LPS
4.2.         Menyediakan sebuah buku lejar bagi memudahkan urusan keluar masuk duit
4.3.         Mengutip yuran keahlian LPS dan mengendalikannya dengan penuh amanah dan berhati-hati dibantu oleh Setiausaha
4.4.         Menyedia dan membentang laporan yuran keahlian terkini setiap kali mesyuarat LPS diadakan
4.5.         Mengemaskini fail keluar masuk duit pengawas pada setiap awal dan akhir penggal persekolahan.
4.6.         Menyimpan duit pengawas dalam akaun bank Lembaga Pengawas Sekolah.
4.7.         Membentang laporan kewangan LPS pada mesyuarat perdana setiap sesi persekolahan baharu

5.            KETUA DISIPLIN

5.1.         Bertanggungjawab terhadap disiplin pengawas dan murid
5.2.         Melakukan rondaan pada waktu rehat berdasarkan jadual bagi memantau tugas dan disiplin pengawas
5.3.         Memastikan pengawas menjalankan tugas dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah
5.4.         Menyediakan laporan Disiplin LPS setiap minggu dan direkodkan di dalam fail Disiplin
5.5.         Memastikan laporan Disiplin Pengawas ditandatangani oleh guru penasihat LPS setiap minggu
5.6.         Memastikan Pengawas yang melakukan kesalahan dimasukkan datanya oleh Unit Merit ke dalam Kad Merit Demerit dan dikenakan tindakan oleh Unit Denda.

6.            KETUA KECERIAAN

6.1.         Mengurus rancangan kebersihan dan keceriaan Bilik Pengawas
6.2.         Memastikan Bilik Gerakan Pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih
6.3.         Memaparkan carta organisasi LPS terkini dan info-info yang berkaitan.
6.4.         Menyediakan laporan dalam fail biro
6.5.         Memastikan kantin dalam keadaan bersih
6.6.         Menjadi tulang belakang dalam menjaga dan mengawal kebersihan sekolah ketika sesuatu aktiviti dijalankan.

7.            KETUA KESELAMATAN

7.1.         Memastikan keselamatan harta sekolah dan murid terkawal
7.2.         Memantau tempat – tempat murid melepak di kawasan sekolah
7.3.         Mengawal penggunaan alatan yang terdapat dalam Bilik Aset.
7.4.         Meronda kawasan sekolah dan bilik darjah bagi memastikan keadaan sentiasa bersih, ceria dan selamat.
7.5.         Memastikan lampu, kipas dan pintu kelas tertutup sewaktu pelajar keluar rehat dan bertanggungjawab mencatat kelas yang telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah
7.6.         Membuat laporan harian dalam fail biro
7.7.         Menerima dan mencatat aduan gangguan / ancaman keselamatan pengawas / murid dan dilaporkan kepada Guru Penasihat LPS / Disiplin.

8.            KETUA KEBAJIKAN

8.1.         Memastikan kebajikan pengawas dijaga
8.2.         Menolong guru-guru sekiranya terdapat pelajar yang sakit
8.3.         Mencatat nama pengawas yang balik awal atau sakit
8.4.         Menyiapkan laporan setiap hari dalam fail biro
8.5.         Memastikan ketiga-tiga bendera telah dipasang di tiang serta pengawas yang bertugas menaikkan bendera sudah bersedia
8.6.         Melakukan kutipan derma melalui guru kebajikan sekolah sama ada di tapak perhimpunan atau ke kelas.
8.7.         Memastikan harta pengawas mencukupi.

9.            KETUA KEROHANIAN

9.1.         Menyediakan jadual pelaksanaan Program Bacaan Yasin dalam bentuk kumpulan dengan diketuai oleh seorang ketua.
9.2.         Melaksanakan program kerohanian / kebajikan / khidmat sosial untuk para pengawas.
9.3.         Mengetuai penglibatan pengawas dalam semua aktiviti kerohanian di bawah Panitia Pendidikan Islam dan AJK Surau.

10.         KETUA AKADEMIK

10.1.      Mengumpul dan menghantar keputusan peperiksaan mengikut tingkatan kepada Guru Penasihat LPS selewat-lewatnya 2 minggu selepas peperiksaan.
10.2.      Merangka program untuk meningkatkan akademik pengawas
10.3.      Membantu pengawas yang mempunyai masalah akademik
10.4.      Mengemaskini fail akademik pengawas
10.5.      Membuat analisis kecemerlangan prestasi akademik pengaws

11.         KETUA LATIHAN

11.1.      Membentuk unit kecil bagi setiap pengawas yang diketuai oleh seorang ketua.
11.2.      Membentangkan fungsi ketua unit dalam Mesyuarat LPS
11.3.      Menyediakan modul-modul latihan yang mampu menyerlah potensi pengawas dari aspek kepimpinan, kerjasama dan sebagainya.
11.4.      Membentuk kerjasama erat dengan Kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
11.5.      Merangka latihan tertentu bagi penyediaan Ketua Pengawas dan AMT bagi sesi berikutnya.
11.6.      Memantau perkembangan pengawas percubaan sepanjang tempoh latihan.
11.7.      Menghantar laporan pemantauan terhadap individu mengikut keperluan Guru Penasihat LPS.

12.         KETUA PENERANGAN

12.1.      Membina laman Blog Rasmi Lembaga Pengawas Sekolah SMKST.
12.2.      Mengemaskini maklumat, info terkini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan Lembaga Pengawas Sekolah.
12.3.      Bertindak sebagai Admin dan bertanggungjawab menjaga ID dan Password laman tersebut.
12.4.      ID dan Password hanya boleh diketahui oleh Guru Pengawas dan Ketua & Penolong Ketua Penerangan sahaja.
12.5.      Melaporkan sebarang masalah kepada Guru Penasihat LPS.  


* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPS