Tuesday 11 March 2014

SISTEM MERIT DAN DEMERIT LPS

SISTEM MERIT DAN DEMERIT
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH (LPS)
SMK SERI TASIK

KAEDAH PERLAKSANAAN

1.     Pengawas akan diberi skor permulaan sebanyak 100.

2.     Skor akan ditambah bagi kelakuan terpuji mengikut jadual skor yang diiktiraf oleh Lembaga Pengawas Sekolah.

3.     Skor akan ditolak bagi sebarang salah laku juga mengikut  jadual skor

4.     Setiap salah laku akan diteliti dan perlu mempunyai bukti yang sah.


5.     Pengawas yang mendapat skor 50, surat panggilan perbincangan disiplin dengan ibu bapa/ penjaga akan dikeluarkan.

6.     Pengawas yang mendapat skor 30 atau kurang akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengawas. Keputusan sama ada digantung tugas atau dilucut jawatan akan diputuskan berdasarkan keberatan kes dan telah mendapat persetujuan daripada semua ahli. Ibu Bapa / Penjaga akan dimaklumkan. Nama pengawas yang terlibat akan dipamerkan dan diumumkan di perhimpunan.

7.     Tindakan Merit-Demerit berkuatkuasa selagi pengawas berada dalam kawasan sekolah dan masih menuntut di sekolah ini.

8.     Merit-Demerit pengawas akan direkodkan di dalam Kad Disiplin Individu Pengawas.

9.  Salah laku yang dikelaskan terlibat dalam program Merit-Demerit adalah seperti dalam jadual berikut :


KOD
PERSATUAN
SKOR
01
Pengerusi
+10
02
Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari
+8
03
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari
+8
04
Ahli Jawatankuasa
+6
05
Ahli Biasa
+4
KOD
PERSONALITI (Dinilai setiap 2 minggu)
SKOR
06
Kehadiran 100% (tanpada datang lewat)
+10
07
Kebersihan diri
+3
08
Ketepatan masa menyiapkan kerja
+3
08
Tidak menyiapkan kerja
-3
09
Bekerjasama dan sentiasa menolong
+3
10
Berbudi bahasa / Bersopan
+3
11
Datang mesyuarat
+3
KOD
KESALAHAN (Kekemasan Diri)
SKOR
12
Uniform tidak mengikut garis panduan
-5
13
Tidak memakai lencana / tanda nama / tali leher / buku nota / pen / seluar / jam / tali pinggang
-5
14
Rambut panjang / berwarna / berfesyen
-10
15
Kuku panjang / Berinai
-5
KOD
KESALAHAN (Ketepatan masa)
SKOR
16
Datang lewat ke sekolah (lewat pengawas)
-8
17
Datang lewat ke sekolah (lewat pelajar)
-10
18
Tidak menghadiri mesyuarat
-5
19
Ponteng kelas (kali 1-A1, kali ke 6-A2 & kali ke 9-Panggilan ibu bapa)
-5
20
Ponteng peperiksaan / Ujian Bulanan
-5
21
Makan dalam kelas
-3
KOD
KESALAHAN (Tidak bertanggungjawab)
SKOR
22
Biadap atau kurang ajar terhadap guru dan pengawas
-10
23
Berbahasa kesat terhadap guru / pengawas / rakan
-10
24
Membuka baju di dalam kelas
-5
25
Bising atau menjerit dalam mesyuarat
-3
26
Menipu dalam peperiksaan
-10
27
Tidak menghantar / tidak membuat kerja rumah
-10
28
Ingkar arahan guru / ketua kumpulan
-8
29
Tidak bertugas / tidak menegur pelajar dalam barisan
-10
30
Lewat turun perhimpunan
-5
32
Bercakap ketika bertugas
-10
33
Stokin pendek / berlogo
-5
34
Letak beg di tempat yang dilarang
-3
KOD
SALAH LAKU BERAT (kali pertama rotan 1x, kali kedua rotan 2x, dan Gantung Tugas, Kali ketiga Lucut Jawatan)
SKOR
35
Mencuri di sekolah (digantung sekolah 7 hari atau lucut jawatan)
-15
36
Menceroboh bilik khas / koperasi / pejabat
-15
37
Terlibat dalam pergaduhan (digantung 14 hari / Lucut jawatan)
-15
38
Membawa bahan letupan di sekolah (gantung tugas)
-15
39
Memukul / mengancam / mengugut pengawas (gantung tugas / lucut jawatan)
-15
40
Bergaduh / mencederakan pelajar lain (Gantung tugas / lucut jawatan)
-15
41
Merosakkan harta benda sekolah / kantin (gantung tugas / lucut jawatan)
-15
42
Menyimpan / menghisap rokok di kawasan sekolah (gantung / lucut jawatan)
-15
43
Membuli pelajar lain di sekolah (gantung / lucut jawatan)
-15
44
Ponteng keluar sekolah (rotan / panggilan ibu bapa)
-15

1 comment:

arba'iyah ahmad said...

mohon dijadikan sebagai rujukan sy dan diguna pakai mana2 bahagian yang bersesuaian ye. Terima kasih.