Saturday 9 May 2015

Program Bakti Alumni Pengawas 2015

Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) telah diadakan Program Bakti Alumni Pengawas bertempat di SMK Seri Tasik. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Mantan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)  2013/2014 serta bantuan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 2014/2015 di bawah bimbingan Guru Penasihat dan Pengarah program. Program ini berlangsung pada 9 Mei (Sabtu) iaitu program pertama dan disusuli program kedua pada 16 Mei (Sabtu) dan program ketiga yang diadakan selama 2 hari 1 malam pada 22 Mei (Jumaat) dan 23 Mei (Sabtu)


Objektif Program Bakti Alumni Pengawas 2015 diadakan :-

  • Dapat meningkatkan keyakinan diri para pengawas apabila bergelar Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
  • Dapat mengikis sifat malu dalam menjalankan tugas di sekolah.
  • Dapat meningkatkan komunikasi antara para pengawas.
  • Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para pengawas.

TENTATIF PROGRAM BAKTI ALUMNI PENGAWAS


Program pertama 9 Mei 2015

0900-0930 : Pendaftaran
0930-1000 : Majlis Pembukaan
1000-1030 : Game Fun
1030-1100 : Rehat
1100-1200 : Ice breaking
1200-1300 : Ceramah Kesedaran
1300-1400 : Rehat/Solat/Makan
1400-1500 : Modul Pembelajaran: The Thinker
1500-1630 : Slot Disiplin
1630-1700 : Solat/Bersurai


Perbincangan bersama Fasilitator part I

Perbincangan bersama Fasilitator part II

Perbincangan di dalam kumpulan

Modul Pembelajaran: The Thinker

Ahli Kumpulan sedang menyusun strategi bagi modul pembelajaran

Semoga Program Bakti Alumni Pengawas 2015 ini dapat memberi sedikit input dan idea serta pembelajaran kepada para pengawas yang bakal memegang jawatan dalam organisasi lembaga pengawas akan datang.

No comments: