Thursday 7 April 2016

Makluman Terkini : Kem Pengawas 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kem Kepimpinan Pengawas 2016 dijadualkan berlangsung pada 19 - 21 Ogos 2016 (Jumaat - Ahad). Tarikh baharu ini hasil daripada perbincangan yang menemui kata putus antara pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik yang diwakili oleh Puan Julaidah binti Ahmad dengan pihak Pusat Kokurikulum JPWP Kuala Lumpur. 

Pihak Lembaga Pengawas mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkaitan atas kerjasama yang diberikan. 

Justeru, para pengawas diminta mengambil perhatian atas perubahan tarikh ini dan diharapkan dapat melakukan persiapan yang rapi sebelum mengikuti kem ini. Ringkasan tarikh Kem Pengawas 2016 sebagaimana berikut :

1. Kem Jatidiri Pengawas : 
    Tempat : Kompleks ALPHA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 
                   Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Tarikh  : 22 - 24 Julai 2016

2. Kem Kepimpinan Pengawas :
    Tempat : Pusat Kokurikulum, Tasik Titiwangsa
                   Kuala Lumpur
    Tarikh  : 19 - 21 Ogos 2016

No comments: