Pada tanggal 6 Mac 2017 (Isnin), pihak sekolah telah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2017. Majlis ini telah diadakan di Dataran Cemerlang, SMK Seri Tasik dengan disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bimbingan dan Kaunseling PPW Pudu & Bangsar, Encik Rohaidatul Akmal bin Rosedi.
Pihak Lembaga Pengawas SMKST ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pengawas yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Ini merupakan suatu pengiktirafan oleh pihak sekolah kepada anda semua. Diharapkan dengan pelantikan ini, para pengawas akan lebih komited dan bermotivasi dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.
"Unity will save us, but spiltting up will kill us"
No comments:
Post a Comment