Saturday 26 November 2016

Mesyuarat AMT Kali Terakhir bagi Tahun 2016

Pada tarikh 25 November 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pengawas kali terakhir bagi tahun 2016. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Pengawas, SMK Seri Tasik. Seramai 13 orang AMT telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Ustaz Mohd Afiq bin Zahari selaku Ketua Guru Pengawas, SMK Seri Tasik. 

Pelbagai agenda telah dibincangkan sepanjang mesyuarat ini berlangsung. Antaranya;
  • Pengenalan barisan Ahli Majlis Tertinggi yang baharu untuk sesi 2017 dan tugas-tugasnya.
  • Perbincangan antara AMT berkaitan Mesyuarat Agung Pengawas 2017 dan pembaharuan bagi setiap biro.









Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada barisan AMT yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat kali terakhir tahun 2016 ini. Semoga ahli-ahli Majlis Tertinggi yang telah berjaya dilantik bagi sesi 2017 dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komited. Sekaligus, mampu mencorakkan organisasi Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik ke arah yang lebih baik pada tahun yang akan datang. Prefects, The Best!


"Today won't change yesterday, but it can change tomorrow." - Hlovate.

1 comment:

Unknown said...

πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ