Tuesday 15 November 2016

Vers Groen Prefects' Day 2016

Pada tarikh 12 November 2016 (Sabtu), Pihak Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik telah mengadakan sebuah Majlis Jamuan Akhir Tahun Vers Groen Prefects' Day 2016 yang dikendalikan oleh para Pengawas Tingkatan 4 dengan bimbingan daripada Ustaz Mohd Afiq bin Zahari. Majlis ini diadakan bertempat di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur dari jam 12.00 tengahari hingga 4.30 petang.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengetua SMK Seri Tasik, Pn. Faizah bt Hassan bersama Guru Pen. Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Zuruwati bt Awang, Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Che Zaviah bt Abdullah, Kaunselor Sekolah, Cik Rashidah bt Ibrahim serta guru-guru pengawas.



Objektif Majlis Akhir Tahun Vers Groen Prefects' Day ini ialah;
  • Mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik.
  • Sebagai penghargaan kepada para pengawas yang telah bertugas.
  • Menghilangkan rasa tertekan sepanjang menjalankan tugas pada sesi persekolahan.
Tentatif program;


MASA
AKTIVITI
11.00PM – 12.30PM
  • ·         Berkumpul di sekolah.
  • ·         Bertolak ke hotel.
12.30PM – 1.00PM
  • ·         Pendaftaran.
1.00PM – 2.00PM
  • ·         Ketibaan tetamu VIP.
2.00PM – 4.00PM
  • ·         Majlis berlangsung;
-Ucapan VIP
-Makan / solat
-Persembahan
-Sesi pertukaran hadiah

4.00PM – 4.30PM
  • ·         Majlis penutup.


Para pengawas berkumpul di perkarangan sekolah untuk pergi ke hotel.










Menunggu ketibaan VIP.






Hadiah yang disediakan oleh pihak penyelia dan pengawas-pengawas yang lain.


Goodie bags.

Hidangan-hidangan yang disediakan oleh pihak hotel.








Pendaftaran.


Ketibaan para tetamu VIP.


Gimik ketibaan VIP oleh Hakimi dan Imran.



Pengacara majlis, Nursara Najiha.

Bacaan doa oleh saudara Zulhadid.

Ucapan Ketua Pengarah Program, saudara Raja Naqiuddeen.

Ucapan Ketua Pengawas, saudara Ahmad Ridhuan.

Ucapan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari selaku Ketua Guru Pengawas.

Ucapan Pn. Faizah bt Hassan, Pengetua SMK Seri Tasik.

Laungan 'Prefects, The Best!' oleh para pengawas.

Gimik perasmian.

Penyampaian cenderamata untuk Pn. Faizah.

Para hadirin menjamu selera.






Sesi pertukaran hadiah.





































Persembahan dari para pengawas.















Acara penyampaian hadiah.





Pada majlis ini juga, beberapa anugerah telah diberikan kepada para pengawas terpilih yang telah banyak menabur bakti dalam membantu pihak sekolah. Antaranya;

Anugerah Khas PK HEM ; Muhammad Noor Azizuddin bin Azmi


Anugerah Pengawas Terbaik Menengah Rendah ; Izzul Yusuf bin Khairuddin

Anugerah Pengawas Terbaik Menengah Atas ; Ahmad Ridhuan bin Puryadi

Anugerah Pengawas Harapan ; Muhammad Noor Azizuddin bin Azmi

Anugerah Tokoh Pengawas Terunggul ; Nur Aqilah Amani binti Zulkarnal

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah di atas penghargaan yang telah diiktirafkan. Semoga penghargaan ini dapat memberi suntikan motivasi kepada para pengawas yang lain untuk lebih komited dalam melakukan tugas sebagai seorang pengawas di sekolah.






Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada para pentadbir sekolah serta guru-guru kerana sudi untuk menghadiri Majlis Jamuan Akhir Tahun Vers Groen Prefects' Day tahun 2016 ini. Tidak lupa juga kepada para pengawas yang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada pihak-pihak yang telah terlibat dalam usaha menjayakan Majlis Vers Groen Prefects' Day 2016 ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
































Semoga memori yang diukir dan ikatan silaturrahim yang terjalin ini akan terpahat di dalam hati para pengawas sekalian. Terima kasih 😃


"Ukhwah ibarat satu janji di dalam hati. Sekejap di mata, selamanya di jiwa."

No comments: