Saturday 11 July 2015

Majlis Berbuka Puasa 2015

Pada 7//11/2015 seramai kira-kira 21 orang pengawas telah terlibat dengan majlis berbuka puasa bersama bersama dengan AMT 2015/2016. Walaupun tidak ramai pengawas yang dapat hadir untuk berbuka puasa bersama sama, tetapi majlis ini masih berjalan dengan lancar dan jayanya.

Idea majlis berbuka puasa ini telah dicadangka oleh penolong ketua pengawas SMK Seri Tasik iaitu Saudari Aqilah Amani. Pada mulanya sambutannya tidak membanggakan kerana tidak ramai yang dapat hadir untuk berbuka puasa bersama sama tetapi majlis tersebut berjalan dengan lancar akhirnya. Majlis tersebut sangat meriah.

Tarikh : 11 Julai 2015                                        
Tempat : Medan Selera Bandar Sri Permaisuri
Masa    :  5:30 Petang                                          
Pakaian : Bebas dan menutup aurat                    

Majlis ini bermula pada jam 5:30 petang. Kami berkumpul di hadapan sekolah dan bergerak bersama sama ke medan selera. Sebelum kami ke medan selera, kami singgah sebentar di Baazar untuk membeli juadah ringan untuk berbuka puasa sebagai alas perut sebelum solat maghrib. Selepas berbuka puasa, kami singgah di surau yang terdekat untuk menunaikan solat maghrib. Kemudia kami kembali ke medan selera untuk menikmati juadah berat.

Majlis seperti ini perlu dilakukan dengan lebih kerap untuk merapatkan hubungan antara pengawas. Saya berharap pengawas sekolah SMK Seri Tasik boleh menjadi lebih tegas, berani, bertanggungjawab, amanah dan lebih berdisiplin.







1 comment:

Unknown said...

Tahniah... buat pngnjur n peserta. Rugi plak rsnya xjoin.. mjlis rye jn lupe wat tau huhuhu