Thursday 2 July 2015

Majlis Penyerahan Tugas Pengawas Sekolah 2015

Pada 2 Julai 2015 telah berlangsung Majlis Penyerahan Tugas Pengawas SMK Seri Tasik yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Inspektor Hafirul bin Abdul Wahab (Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah). Pada hari tersebut juga merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMK Seri Tasik bagi mengetahui keputusan undian pencalonan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar.

Objektif Program :
  1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada para pengawas agar lebih berdedikasi dan bertanggungjawab.
  2. Membentuk identiti dan akhlak mulia melalui dorongan peluang untuk berkhidmat kepada sekolah.
  3. Memberi perangsang sebagai pemimpin untuk dicontohi oleh murid.
Tentatif Program :

7.30 pagi   : Para pengawas mengambil tempat
7.35 pagi   : Bacaan doa oleh Saudara Khairul Anwar bin Nasaruddin (Ketua Kerohanian)
7.40 pagi   : Ucapan Ketua Pelajar sesi 2014/2015 : Saudara Nik Akmal Hadi bin Nik Badrul Hisham
7.50 pagi   : Ucapan Pengetua SMK Seri Tasik : Pn. Hjh. Siti Liah binti Che Muda
                    Ucapan Perasmian oleh Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah :
                    Tuan Inspektor Hafirul bin Abdul Wahab.
                 
                    Penyampaian Sijil Penghargaan
                    Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas
                    Bacaan Ikrar
                    Penyampaian Cenderamata

8.20 pagi   : Majlis bersurai.

Ucapan Aluan oleh Pengetua SMK Seri Tasik


Ucapan Perasmian oleh Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah


Watikah Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas 2015/16


Tanda Perasmian


Gimik Penyempurnaan Majlis Perasmian 

Gimik Penyerahan Tugas

Ikrar Saf Kepimpinan Baharu Pengawas

Semoga dengan pelantikan ini saf kepimpinan baharu Pengawas dapat memacu organisasi ini ke suatu tahap yang lebih gemilang. Syabas dan Tahniah diucapkan.

"Kami Bangga Bergelar Pengawas" 

No comments: