Sunday 27 March 2016

Mesyuarat Pengawas Kali Ke-2 2016

Pada 24 Mac 2016 (Khamis), telah berlangsung Mesyuarat Pengawas Kali Ke-2 bagi sesi 2016 yang bertempat di Hujrah Tasik SMK Seri Tasik. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.15 petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudara Helmy Akeem selaku Ketua Pengawas SMK Seri Tasik. Guru pemantau ialah En. Nazierul Mubin.

Tentatif Mesyuarat:

  • Ice breaking yang dikendalikan oleh saudara Helmy Akeem.
  • Makluman tegas mengenai pembayaran duit kem RM50 oleh saudari Nurul Nadiah selaku Bendahari.
  • Makluman merit dan kesalahan disiplin sepanjang 3 bulan oleh saudari Aida selaku Ketua Disiplin dan saudari Shara selaku Ketua Merit.
  • Ulasan MC / Ikrar Tingkatan 4 / Kerohanian / Bacaan Yassin oleh saudara Ahmad Ridhuan selaku Ketua Kerohanian.
  • Laporan Kelas Akademik oleh saudara Helmy selaku Ketua Akademik dan saudari Nurazilla selaku Pen. Ket. Akademik.
  • Makluman waktu bertugas baru sewaktu aktiviti kokurikulum berikutan peralihan masa oleh saudari Siti Najihah selaku Setiausaha.
  • Motivasi berbentuk teguran oleh saudari Nur Aqilah Amani selaku Pen. Ket. Pengawas. 
  • Sesi bermaaf-maafan .
  • Bersurai










































Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pengawas yang memberi kerjasama untuk menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini. Kami berharap agar para pengawas dapat mengambil input-input yang telah disampaikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung.

"TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK"


No comments: