Tuesday 23 April 2019

TAMRIN SIRI 2 : Bengkel Pemantapan Tugas 2019

Pada 22 April 2019 (Isnin), Pihak Lembaga Pengawas di bawah unit latihan telah mengadakan TAMRIN yang bertempat di SMK Seri Tasik. Bengkel ini telah diketuai oleh Noor Azizzudin selaku Ketua unit latihan. Tidak lupa juga barisan AMT yang turut terlibat dalam menjayakan TAMRIN ini.

Objektif TAMRIN;

1. Memantapkan lagi tugas pengawas dari segi waktu perhimpunan mahupun semasa waktu rehat.
2. Menggalakkan para pengawas untuk lebih menonjolkan diri dan melontarkan idea masing-masing.
3. Memberitahu tentang cara-cara untuk menangani masalah yang sering timbul ketika waktu bertugas.

TENTATIF PROGRAM;

2.30p.m-2.40p.m:Taklimat ringkas
2.40p.m-3.00p.m:Cara bertugas waktu perhimpunan
3.00p.m-3.20p.m:Cara bertugas waktu rehat
3.20p.m-3.30p.m:Penutup
















Syabas diucapkan buat semua AJK pelaksana yang begitu komited dalam merealisasikan bengkel ini. Diharapkan objektif TAMRIN kali ini tercapai dan para pengawas dapat mengambil langkah yang pragmatik dalam memperbaiki kelemahan serta memantapkan diri dari segi perlaksanaaan tugas yang diberi.
Never mind your happiness; do your duty.

No comments: