Sunday 28 August 2016

Usrah Pengawas

Pada tarikh 26 September 2016 (Jumaat), sesi usrah untuk para pengawas perempuan yang dikendalikan oleh saudari Hani Umairah selaku Pen. Ketua Biro Kerohanian telah diadakan. Seramai 16 orang pengawas perempuan telah menghadirkan diri dan guru yang dijemput pada sesi usrah kali ini ialah Ustazah Noraini bt Ramli. Pelbagai topik yang dibincangkan, antaranya ialah hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalam al-Quran.








Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Ustazah Noraini kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu bersama para pengawas. Tidak lupa juga, penghargaan buat pengawas-pengawas perempuan yang telah hadir bagi bersama-sama mengimarahkan sesi usrah pada kali ini. Diharapkan ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan dapat membantu dalam memperbaiki amalan seharian kita.

No comments: