Saturday 10 September 2016

Mesyuarat Pertama Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik

 Pada tarikh 8 September 2016 (Khamis), seramai 32 orang pengawas telah bersama-sama berkumpul di Dewan Terbilang untuk menghadiri mesyuarat kali pertama Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2016/2017 yang dipengerusikan oleh saudara Ahmad Ridhuan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Guru Pengawas SMK Seri Tasik, Ustaz Mohd Afiq bin Zahari. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 1.50 petang sehingga jam 3.00 petang.

Tentatif mesyuarat adalah seperti berikut;

  • Ucapan daripada Ketua Guru Pengawas, Ustaz Mohd Afiq bin Zahari.
  • Pengenalan barisan AMT sesi 2016/2017.
  • Makluman mengenai slip gaji ibu bapa para pengawas daripada Ketua Biro Kebajikan Pengawas, saudari Nurulhana.
  • Peringatan tegas daripada Bendahari Pengawas, Aisah Lattia tentang pembayaran yuran.
  • Laporan disiplin pengawas dan makluman tentang slip lewat pengawas daripada Ketua Biro Disiplin, saudara Raja Naqiuddeen.
  • Makluman tentang slip kerja amal pengawas oleh Pen. Ketua Biro Merit, saudari Fairuz Farzuani.
  • Ulasan perhimpunan pagi oleh Ketua Biro Perhimpunan, Nur Alyaa Natasya.
  • Makluman daripada Ketua Biro Latihan, saudara Izzul Yusuf berkenaan dengan program TAMRIN.
  • Laporan keselamatan oleh Ketua Biro Keselamatan, saudara Faiz bin Mazli.
  • Makluman tentang latihan bacaan Yaasin daripada Ketua Biro Kerohanian, Zulhadid.
  • Makluman kelas akademik daripada Ketua Biro Akademik, saudara Ahmad Ridhuan.
  • Ulasan keceriaan bilik pengawas dan makluman jadual bertugas oleh Ketua Biro Keceriaan, saudari Nur Syafiera Izzatie.
  • Makluman penggunaan komputer bilik pengawas dan hari pendaftaran e-mail oleh Ketua Biro Penerangan, Siti Khairul Zafirah.
  • Bersurai.















Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada para pengawas yang telah sudi memberikan kerjasama bagi bersama-sama menghadirkan diri ke Mesyuarat Pertama Lembaga Pengawas SMK Seri Tasik sesi 2016/2017 ini. Semoga segala input-input yang telah disampaikan sepanjang mesyuarat ini berlangsung dapat diambil oleh semua pengawas supaya dapat melancarkan hala tuju organisasi pengawas kita.

"Leadership is the capacity to translate vision into reality." - Warren Bennis.

No comments: